Thursday, 28 June 2012
" Allah memberi apa yang kita perlukan..."
Allah memberi apa yang kita perlukan..
bukan apa yang kita mahukan.. :)
Allah membantu kita,
melalui medium manusia,
begitu juga tika mana Allah ingin membetulkan pegangan manusia,
melalui para Nabi dan Rasul utusannya..
kerana sifat manusia,
lebih dekat dan akrab,
dengan yang sejenis dengannya :)
Alhamdulillah..
kadang2 dan seringkali terlupa mengucapkan hamdalah,
padahal Allah tidak pernah lupa akan hambaNya..
Aku mengejar bahagia,
aku mengejar cinta,
aku mengejar kepuasan hidup,
aku hamba,
tapi seringkali aku lupa,
aku bukan tuan pada diri ku sendiri..
aku manusia lemah,
aku wanita,
yang sangat mudah tersentuh oleh kelembutan,
sangat mudah terleka dengan kemanisan..
aku bukan aku,
aku perlu bangkit dari kejatuhan,
aku perlu tahu yang setiap yang berlaku ada jawapan,
aku perlu cari diriku semula,
diriku yang aku tinggal pergi,
mengejar yang x pasti,
tapi mencari yang hakiki..
tapi aku selalu tahu,
Allah sentiasa ada dekat,
sentiasa ada,
sentiasa ada,
sentiasa ada..
sampai aku malu meminta,,
Allah, masihkah aku ini layak bergelar Hamba-Mu,
selalu alpa dan leka dengan dunia,
dengan angan kosong,
dengan cita2 yang entah aku pasti atau tidak,
aku mampu kecapi..
Allah..
ajari aku dengan CINTA,
izinkan aku merasa Cinta-Mu,
izinkan aku bersujud di rumah-Mu,
bersama dengan orang2 yang aku cinta,
masuk dalam syurga-Mu,
bersatu di bawah keredhaan-Mu..
Allah <3 :')
Wednesday, 27 June 2012
Ramadhan hampir tiba.. kita??
Assalamualaikum..
salam hebat readers :)
rindu blog, rindu menulis.. rindu readers :)
hu2.. nak tulis tapi tiada idea..
tapi still nak tulis jugak sebab dulu2 sebelum decide untuk menulis,
dah fikir dah,
kalau menulis kena istiqamah,
walaupun kita kongsi sedikit,
tapi bermanfaat,
insyaAllah ganjaran Allah itu ada,
sebab manusia itu sifatnya pelupa,
jadi perlu selalu diingatkan :)
ye.. ramadhan semakin hampir,
tapi,
apa persiapan kita,
apa goal kita waktu ramadhan ini??
sedar x sedar,
memang betul2 x sangka,
masa berlalu begitu pantas..
insyaAllah.. tahun nie moga lebih baik dari tahun2 yang lepas,
lebih baik dari tahun2 sebelumnya,
moga ramadhan kali ini,
datangnya dirai,
perginya ditangisi..
dan insyaAllah,
tahun ini sekali lagi birthday saya jatuh pada bulan ramadhan,
Alhamdulillah,
semoga ada keberkatan disitu :)
dan kalau waktu sekolah dulu,
masa zaman usrah,
memang diajar,
cara reward diri,
dengan berpuasa ketika hari kelahiran kita,
biar kita sama2 raikan kesyukuran,
masih dipanjangkan umur :)
dan2 saya,
masih lagi berkira-kira,
apa yang perlu dibuat dan dilakukan,
untuk memastikan ibadah saya pada tahun ini,
dipertingkatkan,
dan moga syawal yang menjelma,
menjadi syawal yang bermakna,
terutama untuk kedua ibu bapa saya.. :)
ayuh kita sama2 rancang dan hayati ramadhan kali ini,
moga ada keberkatannya :)
Ps: klu ada lebihan rezeki, sedekahkan pada yang memerlukan sebab ganjaran Allah itu x terhingga nilainya :) jom kumpul duit~
Friday, 15 June 2012
Friday, 8 June 2012
speechless
Assalamualaikum..
salam hebat readers :)
hari nie.. hari yang sangat2 medebarkan..hu2
mana x nya kawan saya operate hari nie,
tapi still x de khabar berita,
dari pagi tadi sampai sekarang..
x tau apa2..
:')
moga Allah mudahkan semuanya..
Ps: Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui segalanya..
Monday, 4 June 2012
Dr Cinta
Assalamualaikum..
Salam hebat reader :)
wah2 lama betul sy x update blog..
almaklumlah.. busy jea memanjang..
tp kalau nak ikutkan x delah busy mana..
busy berjalan jea,
jauh berjalan luas pemandangan :)
ok..
tajuk entry hari nie Dr Cinta..
ha2..
kenapa tiba2 timbul isu nie..
erm, sebab saya secara x rasminya dilantik oleh rakan hati saya untuk beri nasihat berkaitan cinta..
hu2..
bukan senang tau..
lagi2 nak tolong jadi orang 'tengah',
tulah pasal,
ingat senang nak bercinta nie??
proses kearah hubungan yang baik pun susah,
inikan nak buat benda baik,
mendirikan masjid,
lagi banyak halangannya,
tapi biasalah,
makin susah kita nak dapat,
makin kita hargai :)
dan2 kes yang saya secara x lansung kena involve skali nie nerkaitan dua pilihan,
diluah mati mak, ditelan mati bapak,
tapi mana boleh pilih dua2,
tapi sebab kawan saya nie lelaki,
bolehlah dikecualikan,
kuota kan 4 :P
erm, dan setiap kali dia tanya nak pilih mana satu,
saya pun x tahu nak jawab apa,
dua2 orang pilihan dia saya kenal hati budinya,
saya tahu perangainya,
dua2 ada kelebihan dan kekurangan,
dua2 sama cantik sama padan,
dua2 saya sayang,
he2..
oleh kerana saya x dapat buat pilihan,
dan kawan saya pun sama x tahu nak pilih yang mana,
jadi saya bagilah nasihat based on pembacaan saya..
ok.. kalau nak diikutkan dalam Islam,
rukun iman yang pertama ialah percaya kepada Allah,
kenapa ia jatuh dalam perkara utama iman??
sebab bila kita percaya pada Allah,
kita yakin pada Allah,
Allah akan bantu kita,
Allah akan mudahkan jalan kita..
cuba kita renung dan fikir,
cinta itu adalah salah satu daripada makhluk Allah,
manusia juga adalah makhluk Allah,
jadi, klau kita nak sesuatu dari makhluk Allah,
kita kenalah minx izin dari tuan punya betul x??
jadi siapa penguasa setap makhluk??
Allah..
sebab itu, perkara utama yang perlu kita lakukan ialah,
dekatkn diri kepada Allah,
sebab apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku,
semuanya bergantung pada kekuasaanNya,
jadi tidak mustahil dia akan bantu kita buat pilihan :)
dan untuk ingatan sahabat saya dan diri sendiri juga,
Allah x kan datangkan dan timpakan masalah pada kita,
kalau Allah tahu kita x boleh hadapinya,
mungkin ini teguran Allah secara halus,
buat ingatan diri saya dan anda,
jom kita sama2 kumpul duit dan pergi mekah,
doa dekat jabal rahmah,
moga Allah temukan jodoh dengan orang yang beriman dan bertakwa :)
Ps: Fokus pada matlamat, bukan pada masalah
Subscribe to:
Posts (Atom)