Friday 23 January 2015

Fokus

Apa itu fokus?

Satu keadaan di mana kita meletakkan sepenuh perhatian dan tumpuan kepada sesuatu perkara.

contoh, bila masuk kelas, tutup dan silent off kan handphone, ready dengan pen dan buku ditangan, ready dengan tajuk yang akan diajar, serta dalam keadaan sudah bersedia mental dan fizikal. Jika takut mengantuk, sediakan air. Jika tak nak lapar, ambil sarapan sebelum masuk kelas.

Ready= Bersedia

Bersedia dari segi fizikal mahupun mental.

Begitu juga kalau nak pergi Travel. Bukan sahaja bersedia dari segi duit, malah dari segi mental, fizikal dan back up plan.

Dan yang paling penting, mestilah bagaiman kita menguruskan duit kita.

Perbezaan antara keperluan dan kemahuan.

Keperluan = Barang yang asas. Senang citer, kalau tak de, tak boleh nak teruskan hidup. Perkara asas/fundamental. Contohnya, makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Kemahuan = Perkara yang tidak fundamental. Diperlukan untuk mengisi kekosongan atau mahu isi masa lapang. Perkara yang bukan asas dan jika tidak boleh dapat, tidak membawa kesan terus kepada diri. Contohnya, bercuti, main scuba, daki gunung dan lain-lain.

Kenapa kena tahu dua perkara tersebut?

Sebab, dalam hal pengurusan duit, kealpaan kita untuk memahami dua perkara ini menyebabkan kita mengalami keadaan "tak pernah cukup duit".

Orang berilmu berbelanja bila pelu dan pada keperluan asas. Mereka akan menggunakan lebihan duit untuk memperoleh kemahuan mereka dan tidak akan menggunakan keseluruhan duit simpanan mereka untuk penuhi kemahuan.

Tetapi, orang yang kurang berilmu terurama dari seri pengurusan kewangan, selama-lamanya mereka tidak akan lepas dari masalah hutang, kurang duit dan tak ada simpanan.

Tapi, jika kita ada ilmu tapi tak gunakan. Kita lebih teruk dari orang yang tak de ilmu. Sebab, orang berilmu dah tahu pasal perkara tu. Jadi, bila tak buat tu memang salah sendiri. Kalau orang yang tak de ilmu, diorang memang tak tahu pasal perkara tu. Jadi, mereka tak boleh disalahkan.

=> Noted to mself

Mood: Nak pegi Lous!




Hari-hari yang dirindu

Habis je exam,
catch up waktu dengan afidah,
spend 24 hours with her!
Ok, ini kegiatan yang paling aku suka
spend time with lovelies :) :)

Hey, baru dapat tahu,
macam mana nak retire young and retire rich,
belajar saham,
dan buat aset!
yang penting, kena peka dengan peluang depan mata ;)

Balik ukm,
jadual packed dengan settlekan program
mula-mula rasa nak nangis
tapi, tiba-tiba happy pulak
come on, life apa yang tak de masalah
this is life
the real life
haruslah busy dengan semua perkara tu
bila lagi nak rasa
dah habis belajar nanti rindu
just enjoy the moment ye :) :)

err, tapi thesis jangan lupa!
apa nak jawab dengan Puan Fatimah nanti
nak habiskan thesis dalam satu sem @_@
kakak, jangan buat main =='

so, checklist balik
proram, thesis, saham,
make time for them
and jangan lupa
make time for you important person too
ahaks.

mode: rindu orang jauh

*Doa dari jauh



Sunday 11 January 2015

Batu-bata keyakinan

Memang bukan mudah untuk bina rumah,
lihat sahaja bagaiman tiang yang empat itu harus dipasak dalam bumi,
lihat sahaja bagaimana batu bata itu disusun satu demi-satu,
dan lihat sahaja bagaimana orang itu begitu sabar menyusunnya tanpa jemu.

Begitulah kehidupan,
begitulah keimanan dan ketaqwaan,
saat kita telah memilih,
Maka letakkanlah keyakinan kita pada Allah
sebab Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk setiap HambaNya

Berubah dari baik kepada yang lebih baik itu tidak mudah
ya, memang bukan mudah,
perlukan keyakinan yang teguh,
perlukan misi yang jelas,
perlukan jawapan yang pasti
sebab memilih untuk mendekatiNya itu,
justeru membuat kau bakal digoncang hebat
dari segala segi

Tapi,
Cukuplah Allah dan RasulNya bagiku,
memilih untuk mencintai yang Maha Mencintai
memilih untuk mengikuti jejak langkah Nabi
justeru memilih untuk masuk syurga dan dekat dengan yang dicintai.

Saat hati bertanya tentang keputusan pilihan itu
dan saat syaitan meniupkan ragu-ragu dalam hati itu
ketahuilah janji Allah itu pasti
Yakinlah, Allah tidak pernah memungkiri janji
dan bersabarlah dengan ujian ini

"Sesungguhnya setelah masa kalian akan ada hari-hari kesabaran. Kesabaran waktu seperti orang yang menggenggam bara. Bagi orang-orang yang beramal pada hari-hari itu mendapat pahala senilai lima puluh orang yang beramal seperti amalnya dan masih ditambah lagi dengan yang lain. Seseorang bertanya, "Ya Rasulullah... Pahala lima puluh orang dari mereka?" Beliau bersabda, " Bahkan pahala lima puluh orang dari kalian" (HR Abu Dawud)

Maka bersabarlah duhai jiwa-jiwa yang meronta. Kelak akan tiba satu saat Allah memperkenankan doamu dalam hening waktu. Bersabarlah, kerna kesabaran itu separuh dari keimanan.

Maka, terluncur kata-kata

"Cukuplah Allah bagiku"

Hamba AbdiNya
11/1/15

 
Blogger Templates