Saya menulis entry ini dalam perasaan yang bercampur- baur dan sedaya upaya cuba menenangkan hati..
Sesungguhnya kesabaran itu indah dan manis daripada membalas dendam.. <insyaAllah, moga jiwa yang tenang itu milik ku :)>
Sungguhlah lidah itu lebih tajam daripada pisau,
Lebih menghiris daripada pedang,
Kalau Hati yang terkorban olehnya,
Lebih susah hendak disembuhkan daripada luka,
Payah dirawat,
Banyak masa diperlukan..
Sungguh, Allah sedang mengajar aku erti SABAR,
Dalam doa ku seusai solat..
Seringkali aku melafaskan "Allah, jadikan aku orang yang sabar.. sabar dalam menjalani kehidupan di dunia ini.."
Tapi tatkala Allah menguji,
aku kurang bersabar..
bagaimana mahu membentuk SABAR tanpa ujian??
Bagimana mahu kuat kalau tiada cabaran?
Duhai hati yang merindui cinta Ilahi,
bersabarlah.. sesungguhnya kesabaran itu ada kejayaan,
bermaafan lah,, sesungguhnya maaf itu menyiram sikap amarah,
Ikhlaskan diri untuk di uji,
mungkin ada benarnya kata mereka tentang dirimu,
Fahami dan hayati kata2 mereka dengan hati terbuka,
Barangkali itu boleh membantumu menjadi seseorang yang lebih baik pada masa hadapan..
Dan, jika salah tekaan mereka kepadamu,
terimalah dan tanamlah dalam diri, engkau bukan seperti apa yang mereka fikirkan,
tunjukkan pada dunia,
engkau seorang manusia yang berprinsip,
bukan seorang yang EGO daripada menerima pendapat orang lain..
Kadang2 diam itu lebih baik daripada bercakap,
Diam x bermakna engkau lemah,
tapi bermakna engkau pemenang kerana cuba menahan amarah
"muslim yang kuat bukan dilihat pada fizikalnya, tetapi selama mana dia dapat menahan amarahnya",
jadilah insan yang kuat,
meski di hadapan manusia kau tampak lemah,
tapi di hadapan ALLAH,
insyaAllah, ganjaran menanti..
janji Allah itu pasti..
Ps: what u give, u get it back..
Allah sebaik-baik tempat mengadu :')
0 respon artikel:
Post a Comment