Hari ini tepat jam 2.40 pg, kami dikejutkan dengan pemergian seorang sahabat, insan yang sangat2 saya kagumi.. perginya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.. berusia baru sahaja 20 tahun.. tapi siapa kita menyangka, umur yang muda bukan penghalang kita dijemput ajal..
seorang anak muda yang saya kenal di sebuah tempat yang melahirkan insan2 hebat.. insan2 yang berfikiran positif dan mempunyai perancangan masa depan yang jitu.. awal perkenalan kami, saya hanya mendengar namanya disebut-sebut sebagai insan yang mampu berjaya walaupun pada asalnya bukan siapa2.. siapa sangka yang dahulunya bekas mat rempit, tapi alhamdulillah, bila berjumpa ruang dan peluang untuk mengubah kehidupan beliau mampu berubah 360 darjah.. antara insan yang sangat2 disegani dari segi kepimpinan.. sungguh, pemergian beliau sangat2 dirasai..
masih saya ingat, kali pertama saya bersemuka dengan insan ini, ketika kami terpilih untuk menghadiri meeting di country golf resort awal bulan 5 tahun ini.. kali pertama juga saya mengetahui pemilik nama yang sering disebut-sebut oleh sahabat baiknya yang saya kenal sejak mula2 saya mengambil keputusan yang berbeza dari keinginan saya.. sungguh, waktu itu, saya sangat2 mengagumi beliau kerana terlihat jelas kesungguhan dan perancangan masa depan yang sangat terancang.. dan ketika itu kami semua mengalirkan air mata, kerana impian yang ingin dicapai bukan sekadar angan2, tapi dengan izinNya, pasti kami mampu mencapainya..
dan selepas itu, seringkali kami bersemuka.. tapi tidak pernah bertegur sapa.. jujur saya katakan, tiada siapa yang sanggup berhadapan dengan insan hebat seperti beliau kalau tiada kejayaan yang dibuktikan.. bukan beliau sombong.. bukan.. tapi kekuatan itu, entah mengapa tidak pernah hadir dalam jiwa..
dan 29 september 2012 menyaksikan, betapa tanpa dipinta, kekuatan itu hadir untuk menyapa dan meminta nasihat bagaimana ingin berjaya seperti beliau.. sungguh, itu kali pertama saya menyapa.. tetapi siapa sangka, ilmu yang dikongsi, diharap pada masa akan datang dapat menimba lagi, tetapi apakan daya.. Allah lebih menyayangi beliau.. kerana tiga hari selepas itu beliau kembali ke rahmatullah.. perasaan saya??
Hanya Allah sebaik-baik tempat mengadu.. dari Allah kita datang, pada Allah kita kembali.. perginya seorang teman, pemimpin, insan hebat yang banyak memberi inspirasi kepada anak2 muda diharap beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. saya akui, impak pemergian beliau pada diri saya tidaklah besar berbanding pada sahabat2 yang beliau tinggal pergi.. hanya doa mengiringi pemergianmu teman.. x terungkap betapa besar sumbangan mu pada kami semua..
"Apabila meniggal seorang anak Adam, maka akan terputus segala amalanya kecuali tiga perkara iaitu doa anak yang soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah jariah.."
semoga ilmu yang ditinggalkan menjadi pembela dan memberatkan timbangan al-mizan di akhirat kelak.. Al- fatihah buat allahyarham Aizat Ismail.. insan hebat yang banyak membantu menjayakan kawan2 nya.. dan meninggal dalam mempertahankan maruah dan harakat keluarga.. moga Allah melimpahi rahmat untuk beliau..
0 respon artikel:
Post a Comment