KITA PERLU JADI BAIK.
Definisi BAIK pada semua orang tidak sama.
Ada orang, kalau pakai tudung, tak dedah sana sini, kira BAIKlah tu.
Ada orang, sakat kawan baik sendiri, tapi tak mencederakan, kira BAIK apa.
Ada jugak orang, letak BAIK tu pada ibadah. Solat cukup lima kali sehari, walaupun kadang-kadang solat akhir waktu. Kira BAIK, dari orang yang tak buat langsung.
Kalau tanya saya, definisi BAIK saya mudah.
Selagi orang tu tak cari pasal dengan saya, kira BAIK.
TAPI..
Tahu tak sebenarnya jadi BAIK tu sebenarnya WAJIB. Sebab, kaitannya bukan sahaja pada hidup kita sekarang, tapi hidup kita pada masa hadapan malahan untuk generasi kita seterusnya.
Saya ambil kisah benar, yang dikongsi pada saya
Dulu waktu kecil-kecil, mungkin si budak ni nakal sedikit. Tak nak dengar cakap, lasak. Maklumlah, budak kecik, mana faham sangat 'bahasa'. Jadi adalah seorang hamba Allah ni cakap kat orang tu, 'Kau ni perangai macam setan, mesti dah besar tak jadi orang'!
Budak yang dengar tu pun, rasa kecik hati. Terus doa dalam hati "Ya Allah tunjukkan lah kuasa kau pada dia".
Alih-alih bila hamba Allah tu dah besar dan kahwin...
Dia dapat anak-anak yang lebih lasak, nakal dan ligat dari budak yang dia marah dulu. Waktu tu, baru dia teringat apa yang dia pernah buat masa kecik-kecik dulu.
Jadi, kesimpulannya ada tiga,
1. Jangan suka-suka hati menyakitkan hati orang
2. Jaga mulut, sebab mulut tu boleh jadi punca pergaduhan
3. Jangan MENGHAKIMI orang. Sebab, kita pun tak tahu ujian apa untuk kita masa hadapan
Ok, tapi apa kena mengena jadi BAIK dengan jaga MULUT?
Ohhh.. sebab, kalau orang tu betul-betul BAIK,
Dia akan buat apa yang Allah SURUH, dan TINGGAL apa yang Allah LARANG.
Ini bermakna, kalau kita ni solat lima waktu, rajin sedekah, rajin mengaji, tapi kalau MULUT tu tak jaga, ashik nak menyakitkan hati orang, mengumpat, mencela, memfitnah dan cakap perkara yang bukan-bukan... BELUM CUKUP BAIK LAGI TU.
sama jugak, kalau kita ni BAIK dengan semua orang, tak suka marah-marah, tak suka cakap pasal orang lain, jaga solat, tapi bila main futsal pakai seluar ATAS LUTUT. Belum BAIK lagi tu.
Sama jugak kalau kita dah lengkap jaga aurat, tapi bila dengan berlawanan jantina main 'sapu' macam biasa je. Batas-batas pergaulan tak terjaga #Eh. BELUM BAIK LAGI TU.
Oleh itu, memandangkan kita ni semakin hari semakin berusia, hidup pun tak tentu lama mana, pahala pun kita tak pasti cukup ke tak buat bekalan nanti, eloklah kita BERUBAH dari perangai yang kita tahu tak berapa BAIK kepada perangai yang lebih BAIK.
Tahu tak mudah... Tapi tak mustahil kan?
#Senyum
#MarilahHenshin