9 hari
Tempoh 'bertenang' untuk diri
Tempoh untuk faham maksud Ya Baari'
Tempoh untuk 'penyucian' hati
Mungkin bukan secara total
Tapi secara beransur-ansur
Entah bagaimana
Bumi Sabah ini begitu menjentik sanubari
Bumi yang kaya dengan kecantikan
Keindahan alam yang tak terjangkau dek akal
Serta budi bahasa penduduk tempatan
Benar-benar mengilhamkan harapan
Betapa Allah Ya Barr sangat baik pada hamba-hambaNya :(
Sebagai manusia
Mana pernah terlepas dengan dosa-dosa kecil dan tipu daya dunia
Mana juga terlepas dengan sifat terlupa akan tanggungjawab semesta
Betapa sebenarnya kita ini diciptakan
Ada sebab..
Aku manusia yang sentiasa mencari
Entah kenapa, sering rongga-rongga ini terasa kosong dan kelam
Betapa pencarian dan penantian itu satu penyeksaan
Betapa jauhnya hati ini dengan Tuhan
Sehingga dunia rasa pudar warnanya
Tanpa mampu di tahan
Hari pertama di bumi ini
Bumi jauh di seberang sini
Diuji dengan tidur diulit bayu pagi
Tidur di dalam khemah yang hanya ada bumbung berlantai tanah
Juga tidak berpintu mahupun berdinding
Pagi yang dingin
Alam ini, benar-benar satu keterujaan yang tak terungkapkan
Menikmati pemandangam di taman pertanian sabah
Turun naik gunung
Disambung dengan tanaman pokok-pokok yang baru ingin membesar
Serta tanaman yang sungguh memukau
Ya Badii'
Allah itu benar-benar Maha Cantik
Tatkala berkampung di Kg Pengalat Besar
Ibu angkat yang penyayang
Serta keluarga angkat yang sangat baik
Terasa Ya Rahman dan Ya Rahim Allah
Dalam setiap layanan makhlukNya
Betapa Allah itu benar-benar penyayang dan pengasih!
Melihat pulau-pulau yang memukau
Ikan-ikan yang pelbagai
Serta batu karang yang pelbagai bentuk
Tergambar Ya Wali yang Maha Mentadbir
Betapa Dia Ya Qadir yang Maha Menentukan
Untuk makhlukNya kekal tunduk dan patuh pada ciptaanNya
Menangkap ketam, timung di sungai
Serta melihat pelbagai ciptaanNya di laut dan darat
Membuka mata dan fikiran
Bahawa dunia ini tercipta dengan penuh keindahan
Dan kitalah yang memilih
Mahu melihat dari sisi yang mana
Baik dan buruk itu datang berpasangan
Kita yang mendidik hati, mahu melihat ia dari sudut apa
Laut, langit, alam dan makhluk di bumi Sabah
Benar-benar memberi definisi kepada nama Allah
Betapa setiap namaNya itu
Mempunyai pesona dan fungsi tersendiri
Betapa sebenarnya kita ini jauh dariNya
Dan sebab itu juga,
Rongga itu sentiasa terasa kosong di jiwa
Aida Khalil
1.12 pagi, 260116
Rumah mama
Kg. Pengalat Besar
Sabah
Monday, 25 January 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)