Wednesday, 30 May 2012

Reward them!!

Assalamualaikum..

salam hebat readers :)
Alhamdulillah.. 
dapat juga saya reward orang yang saya sayang hari nie..
walaupun x seberapa,
at least saya tahu yang DIA gembira :)

ha2..
erm, kalau nak diikutkan,
bukan susah sangat nak ambik hati orang,
nak2 orang tue kita rapat dan kita sayang,
senang jea..
asal kita ada niat ikhlas,
mesti dia suka,
walaupun x seberapa :)

yes.. lepas nie saya nak buat selalu,
biar sume orang happy,
dan saya pun happy jugak,
tengok DIA senyum pun dah berbunga-bunga hati nie,
betullah,
kalau kita buat hati orang senang,
Allah akan senangkan hati kita pulak :)

Ps: reward ur parents!! :)




Tuesday, 29 May 2012

susahnya nk decide

Assalamualaikum..

salam hebat readers :)
kadang dlm hidup kita,
memang akan ada 2 pilihan,
tapi sayangnya kita x boleh pilih dua2,
kena pilih salah satu..
tapi kalau x memilih pun,
itu juga merupakan pilihan :)



yes, betul..
susah nak decide,
apa yang terbaik untuk kita,
sebab pilihan itu bukan untuk hari ini sahaja..
tapi untuk akan datang juga..
begitu juga nak pilih nak masuk bidang apa,
kelak kerjaya kita pun berdasarkan pilihan kita sekarang,
walaupun banyak jea case belajar x sama dengan keje,
tapi asasnya,
kita belajar,
sebab nak keje jugak kan?? :)

tapi..
lagi susah kalau nak pilih teman sehidup semati..
yelah,
nak pilih orang yang sanggup hidup dengan kita,
sampai penghujung usia ini,
bukan senang,
susah,
sangat susah,
sampai kadang fikir,
x nak kawin boleh x??
ha2..
mana boleh,
nabi x mengaku umat karang :)

jadi,
sebab tue saya masih lagi mencari,
kot2 lah Allah bukakan hati ini..
bila waktu saya betul2 bersedia,
hope so,
Allah temukan saya dengan orang2 yang betul2 ikhlas terima saya,
seikhlas saya terima diri DIA :)
Amin..

Jadi sekarang,
just prepare,
focus matlamat,
berbakti pada ibu bapa,
jadi anak yang solehah,
jaga diri elok2,
timba ilmu sebanyak mungkin,
jaga pergaulan dan percakapan,
kelak InsyaAllah,
bila ada jalan,
pasti Allah mudahkan :)

Ps :InsyaAllah klu ada rezeki, bulan 3 tahun depan nak tunaikan umrah.. doakan :)




Sunday, 27 May 2012

ikhas

assalamualaikum..
salam hebat readers :)
erm, boleh x nak cakap,
bukan senang nak ikhlas :(



betul...
susah sangat..
sebab ikhlas bukan cukup sekadar cakap,
tapi,
kita rasa dalam hati,
terpancar di wajah,
redha dengan setiap ketentuan yang tersurat,

yes, betul sume orang memburu ikhlas,
dalam ibadah,
kita kena ikhlas mengabdikan diri kita pada Allah,
tapi persoalannya,
sejauh mana ikhlas kita??

kenapa ikhlas nie penting??
sebab dengan keikhlasan,
Allah mudahkan urusan kita semua..
Allah bagi ganjaran yang x terhitung banyaknya,
Allah bagi nikmat yang x disangka-sangka,
Allah balas dengan memasukkan kita ke SyurgaNya..
Allah2,
Allah Maha Besar,
yang menciptakan sifat ikhlas,
untuk hambaNya,
untuk menguji sifat kehambaan hambaNya :)

kadang2 manusia lupa,
dalam setiap perbuatan, percakapan, dan pengharapan,
kita lupa selitkan rasa ikhlas,
sebab tue bila diuji,
kita cepat melatah..

saya x nak tuding jari dekat orang,
sebab saya tahu,
satu jari pada orang,
tiga jari lagi pada saya..
macam diri saya jugak,
perlukan sifat ikhlas,
untuk lalui hidup ini,
seringkali lupa makna ikhlas,
dan penghayatannya..



lupa yang Allah melihat perbuatan setiap hambaNya,
lupa yang diri sedang dalam penilaianNya,
lupa2,
terlalu banyak kelemahan diri,
macam mana nak buru cinta Allah??

tapi Alhamdulillah,
resmi bersahabat,
kalau berkawan dengan penjual minyak wangi,
paling kurang tercalit dengan wangiannya..
begitu juga saya,
di saat alpa,
Allah utuskan sahabat untuk mengingatkan..

saya insan yang lupa,
jadi, ingatkan saya,
sama2 kita ubah diri,
perindah peribadi,
jom2 kita improve diri,
bukan senang tau nak buru syurga Ilahi,
agar ianya kelihatan pasti,
ayuh mulakan hari ini :)




Wednesday, 23 May 2012

siapa kata??

assalamualaikum..

salam hebat readers..
semoga hari2 anda diselubungi dengan keceriaan,
disinari kebahagiaan,
dengan rahmatNya,
kita masih lagi bernafas,
hingaa saat ini,
detik ini..
ku syukuri nikmatNya.. :)

ok2.. panjang sangat intro ^_^
erm, point saya hari nie simple saja..
siapa kata??

siapa kata yang saya cuba 'stalk' hidup awak??
siapa kata yang saya cuba mempengaruhi hidup awak??
siapa kata saya berniat jahat pada awak??
siapa2??
ha2...



erm, saya x tahulah kan kenapa tiba2 ada orang anggap saya nak 'rampas boyfriend dia',
oups.. ha2.. ade ke ==',
saya niat baik tau,
x de niat nak tackle sape2,
org kena tackle ade :)

ok, just kidding,
hurm, camnilah,
saya x sukalah gaduh sebab laki,
lainlah kalau dah kawin kan,
yes, kalau ada perempuan lain nak kat suami saya,
baru saya defend.. ha2
tapi kan, 
klu stakat couple,
pastu clash n tuduh sebab saya..
amboi, nie memang nak kena nie!! :)

ha2.. x delah,
come on girl,
be positive,
kalau betul saya nak kat orang tue,
saya terus ajak kawin jea,
x de payah2 nak couple nie,
cinta lama2 pun boleh putus betul x??

and, kalau betul nak tuduh saya ambik boyfriend awak,
karang saya betul masuk minang dia nak??
saya kamcing dengan family dia,
mak dia pun macam ok jea kalau saya nak jadi menantu dia,
siap tanya asal mana lagi,
see,
kalau betul2 nak,
insyaAllah dapat.. :)

ha2.. tapi2,
saya x macam tulah pulak,
saya sayang awak,
awak kan kawan saya,
x kan saya boleh jatuh cinta pada buah hati awak,
tapi kalau awak betul cabar saya,
why not??
saya pantang dicabar!! :P

ok..
agak2 berdesing x telinga dengar ayat macam nie,
ha2, tulah jangan main2 bab2 macam nie,
meh sini,
saya cerita something kat awak.. :)

awak pernah dengar x cerita pasal pokok epal??
pokok epal yang dipenuhi buah epal,
tahu kn,
pokok epal tue besar,
banyak buah2 dekat tangkainya,
sumenya masak ranum,
merah2 lagi,
begitu mengiurkan..



pastu bila orang datang nak ambik,
diorang mampu ambik yang rendah2 jea,
sebab pokok tue kan besar..
x sampai pulak tangan nak ambik yang paling tinggi,
tapi2 yang paling tinggi tulah,
yang paling merah diantara semua buah,
paling bagus kualitinya sebab x dimakan oleh ulat lagi,
paling cukup segala nutrisi,
sebab cukup sume,
air, matahari,
memang pandang sekali terliurlah,
tapi sebab tinggi sangat,
 x de sape yang nak ambik,
lagi rela nak ambik yang rendah,
dari susah payah ambik yang tinggi :)

satu hari,
buah nie rasa bosan sebab duduk kat atas,
x de orang pun nak ambil,
tinggi sangat,
dia pun mulalah buat keputusan,
nak jatuhkan dirinya,
biar orang boleh ambil..

tapi,
sayang seribu kali sayang,
sebab bila dia jatuhkan dirinya ke tanah,
x de sape yang nak ambil,
malah dipijak sebab buah yang jatuh kn menanti busuk,
jadi berakhirlah hidup buah epal,
padahal dia sebelum ini dipandang tinggi,
tapi sebab x tergesa-gesa buat keputusan,
akhirnya memakan diri,
diri sendiri yang rugi..

nasihat saya untuk awak,
jangan jadi macam epal tadi,
tapi tetaplah jaga diri,
menunggu untuk sesuatu yang pasti, 
bukan angan2 kosong lagi..

saya bukan x percaya pada jodoh,
tapi saya hanya percaya pada satu lafaz,
"aku terima nikahnya"
baru saya yakin itu jodoh saya :)
bukan pada lafaz 'i love u' atau seangkatan dengannya,
selagi x de ikatan,
jangan berani letak harapan :)

Ps: saya terima awak kawan saya, begitu juga saya nak awak terima saya seadanya.. friend till jannah.. amin :).. dah2 x mau masam2 muka lagi.. kumbang bukan seekor.. betul x?? :P

 

 



Tuesday, 22 May 2012

selamat hari guru :)

assalamualaikum..

salam hebat readers :)
erm, sebenarnya dah lama sangat nak post entry pasal hari guru,
tapi ashik terlupa jea.. ^_^
so, hari nie tiba2 tengok banyak sangat hadiah kat rumah,
tue yang nak post entry pasal hari guru.. :)

ok2.. erm, kalau nak diikutkan sambutan hari guru nie memang rutin setiap tahun,
dari tadika, sekolah rendah hinggalah sekolah menengah,
memang acara wajib diadakan untuk meraikan guru2 di sekolah,
kira bila hari guru,
sume orang rasa happy,
sebab waktu nie cikgu x de nak tanya pasal homework ke :P
marah2 sebab x lulus pekse ke,
atau apa2 aje,
pendek kata, memang bestlahkn bila ada sambutan hari guru,
nak2 bila cikgu main sukaneka :)
memang seronok..

hurm, tapi sebab parents saya guru,
so tiap2 tahun mesti tunggu hari guru,
sebab parents akan balik rumah bawak banyak hadiah :P
dan mulalah pasang angan2 nak jadi cikgu,
nnt2 anak murid bagi hadiah,
mesti best :)

macam biasa,
ibu dan papa tengok kitaorang adik-beradik bukak hadiah pun diorang dah happy,
tapi tue dululah,
sume orang excited tengok hadiah,
tapi sekarang,
siap tanya lagi,
bila nak tolong bukak hadiah?? :)
ha2.. betullah masa dah berubah,
pemikiran dah berubah,
'rasa' pun dah berubah..
nak ulang waktu dulu2 boleh?? :(

dan perkara yang paling best bila hari guru,
bila sume cikgu nyanyi lagu "kami guru Malaysia".
wah2, suka sangat dengan lagu nie,
padahal kalau nak ikutkan,
lagu nie macam jugak lagu2 yang lain,
cuma bezanya sebab dinyanyikan oleh guru2,
diorang janji nak jayakan anak muridnya,
itu yang rasa sangat terharu..

pastu,
bila salam cikgu ucap hari guru,
mesti cikgu cakap,
cikgu bukan nak hadiah,
yang penting cikgu nak anak2 murid cikgu berjaya jadi orang berguna..
:') terharu sangat2 dengan cikgu :)


Ps: kat atas tue video budak2 batch kitaorang yang buat.. serious mantap :) rindu waktu tue..






Monday, 21 May 2012

busy2

Assalamualaikum...

salam hebat semua :)
wah2 lately sgt2 busy..
tapi sebab saya rindu menulis,
saya sempatkan diri untuk menulis entry :) hu2



ok2 hari nie saya nak cerita pasal akan datang 5 perkara sebelum 5 perkara..
erm dapat teka x??
kalau anda seorang islam mesti anda tahu,
apa dia??
masa sihat, sebelum sakit,
muda sebelum tua,
kaya sebelum miskin,
lapang sebelum sempit,
hidup sebelum mati..

ok.. bila kita sihat,
waktu nilah kita nak lakukan ibadah sebanyak mungkin,
nanti dah tua dah x larat,
macam mana nak lakukan ibadah??
sebab tue walau busy mana pun anda,
still luangkan masa untuk buat ibadah,
barulah Allah mudahkn segala urusan,
kalau nk buat ibadah pun malas,
ingat Allah nak bagi ke apa yang kita minta??
<noted to myself!!>

muda sebelum tua,
yes, saya masih muda belia :)
tapi, kalau waktu muda nie saya habiskan dengan tido jea,
agak2 rugi x diri saya??
yes, rugilah sebab muda hanya sekali,
time nilah kita nak cuba pelbagai benda,
x de tanggunggjawab yang besar lagi,
still boleh hadapi pelbagai cabaran,
baru nanti dah tua,
x delah menyesal x gunakan masa muda sebaik mungkin..

kaya sebelum miskin,
hurm, kalau nak diikutkan,
harta yang kita ada ialah bukan sebanyak mana duit kita kat bank,
bukan sebanyak mana harta pusaka yang kita warisi,
bukan2..
tapi pada sebanyak mana harta yang telah kita infakkan..
see, so jangan takut2 nak bagi sedekah,
setiap rezeki yang kita dapat tue ada hak orang lain,
what u give, u get it back :)

lapang sebelum sempit,
yes, sekarang kita ada banyak sangat masa lapang,
jadi gunakan sebaik mungkin,
timba dan gali ilmu Allah semahu-mahunya,
sebab kalau kita x gunakan masa lapang sebaiknya,
bila tiba waktu sempit,
kita yang akan menyesal..

dan hidup sebelum mati..
" dunia adalah tempat kita mencari bekalan untuk akhirat"
jadi masa kita hidup nilah kita nak buat baik kat orang,
tolong orang,
bayangkan.. kalau tiba2 Allah tarik nyawa kita sekarang,
agak2 kita mati nnt kita akan tinggalkan apa pada orang sekeliling kita?
kalau seorang ibu,
bila meninggal biarlah dikenang sebagai isteri solehah dan ibu mithali,
tapi, untuk masayarakat nak tinggalkan apa??

~ saya nak meninggalkan dunia ini bukan sahaja sebagai seorang anak dan isteri solehah, ibu mithali, tetapi sebagai seorang yang menjayakan hidup orang lain :)

Ps: ashik busy dengan dunia, akhirat?? hu2.. tp klu kita sembah akhirat, dunia akan sujud pada kita :)



Friday, 18 May 2012

kerana aku wanita

Assalamualaikum :)

Salam hebat readers,
hari nie tajuk entry macam best skit..
ha2.. kerana aku wanita :)


yes, saya wanita..
wanita x semestinya refer pada orang dah kawin sahaja,
asal perempuan,
nampak matured skit pun dah boleh panggil wanita,
barulah nampak feminin..

kenapa wanita??
sebab perkataan "wanita" itu sendiri membawa maksud,
seorang yang yang luar biasa ciptaannya,
dari lahir hingga akhir hayatnya,
Allah x pernah tinggalkn dia berseorangan,
bila lahir ada ayah yang menjaga,
lepas kahwin ada suami yang jaga,
dah tua ada anak yang jaga,
even bila di akhirat,
dosa seorang wanita akan ditanggung oleh empat orang lelaki,
subhanallah,
begitu sekali Allah menjaga seorang wanita..

jadi wanita sangat istimewa,
sebab walaupun tampak lemah,
tapi siapa sangka,
di sebabkan seorang wanita,
majnun menjadi gila disebabkan laila,
taj mahal dicipta,
sebuah negara binasa,
rumahtangga yang dibina bertahun-tahun boleh runtuh,
seorang lelaki menjadi hamba kecantikan,
hidup x tentu arah,
dan seribu satu macam kemungkinan..

siapa sangka??
dahulu zaman jahiliyah,
wanita tiada harga,
maruah dinjak dipijak,
x siapa peduli nasibnya,
hanya bisa menjadi alat pemuas nafsu,

tapi,
sejak Islam datang,
maruah wanita diangkat,
siap dalam hadis lagi,
nabi bersabda "muslim yang paling bertakwa di antara kamu ialah yang berbuat baik pada isterinya",
see, nabi pun sayang wanita :)
sebab wanita hiasan dunia,
dah memang cantik tanpa perlu aksesori lain,
cantik dengan sifat, budi pekerti dan akhlaknya..

erm, tengok mcm mana Allah angkat martabat wanita,
berbahagialah jd wanita,
macam saya :)

Ps: dalam setiap diri wanita itu ada sifat malu, dan jika dia membuang malunya, maka hilanglah maruahnya.. 




Monday, 14 May 2012

Hakikat Hidup

Assalamualaikum :)

Salam hebat readers,
memandangkan saya ada banyak masa terluang,
saya nak share pengalaman saya menyedari hakikat kehidupan,
erm, nak x nak,
kita kena sedar yang satu hari nanti,
kita kena berdiri atas kaki sendiri,
x boleh lagi bergantung dengan parents,
makan, pakai sume tanggung sendiri,
x de duit macam mana nak langsai hutang,
bila dalam poket ada RM 10, 
tapi tiba2 anak minta makan McD macam mana??
apa perasaan kita masa tue?? <somebody ask me this!!>

hu2 hidup bukan satu benda yang mudah,
sebab itu namanya tanggungjawab,
kita 'tanggung' sekarang,
'jawab' di akhirat..
dan sebelum nie,
saya hidup dalam kepompong selesa,
selesa dengan hidup yang sederhana,
makan pakai sume cukup,
pendek kata sebut jea apa sahaja,
mak ayah akan berusaha untuk penuhi,
biasalah nama pun anak :)

tapi,
bila usia dah 18 tahun,
seseorang telah menyedarkan saya satu perkara,
kita dikejar oleh MASA,
tiada siapa tahu bila kita akan dipanggil ILAHI,
x siapa tahu tarikh keramat itu,
sampai tiba masanya..
x siapa pun tahu..

dan apa impian dan keinginan saya sejak dari kecil,
di sebalik semua impian yang saya ingin capai,
perkara yang betul2 saya nak buat ialah,
bahagiakan parents saya..
tapi bahagia yang macam mana??
erm, kalau dapt hantar diorang pergi mekah tunaikan haji dan umrah pun,
saya dah rasa ikhlas nak tinggalkan dunia nie,
sebab at least impian saya untuk parents saya tercapai..


tapi bila ditanya tempoh masa yang saya akan ambik untuk capai impian ini,
saya terdiam, 
sebab saya pun tak tahu,
nak tunggu habis belajar lagi,
cari kerja,
kumpul duit,
agak2 masa tue umur parents saya berapa??
sekarang pun umur diorang dah cecah 50 tahun,
klu nak tunggu settle semua mahu lagi 10 ke ke 15 tahun,
waktu tue umur diorang dah 65 tahun,
agak2 sampai x hati saya nak lepaskan diorang tunaikn ibadat??
:(

......................................... <speechless>
habis tue nak buat apa sekarang??

plan B lah jawabnya,
sebab tue saya berusaha gigih memastikan plan B saya berjaya,
sebab kalau still follow Plan A sekarang,
alamat umur 65 tahun baru saya dapat hantar parents pergi mekah..
kalau dapat..
kalau x dapat??
siapa tahu Allah lebih sayangkan diorang..

Ps : cuba fikir dan renungkan balik..





Sunday, 13 May 2012

Down :(

Assalamualaikum..

Salam hebat readers :)

hari ini saya nak share pasal rasa down,
wah2 lately nie tiba2 rasa down,
padahal x delah besar mana masalah,
macam2 kot benda yang perlu difikir,
teruji sekejap time management,
emotional bonding,
relationship between human,
dan semuanyalah rasa sangat2 teruji,
macam ambik kelas psyco pun ada :D

yes.. saya tahu Allah tengah bagi ujian pada saya,
pada orang2 yang rapat dengan saya,
pada orang2 yang saya sayang,
tapi kadang2 kita manusia nie selalu lupa,
Allah bagi ujian sebab Allah tahu hambaNya boleh hadapi ujian itu,



dan air mata pun menjadi murah,
membasuh apa yang patut,
tapi lepas nangis,
rasa lega sangat2,
nak2 ada orang yang nk dengar kita nangis..
betul x?? ha2 :P

ok.. agak2 kn kenapa Allah cipta air mata??
sebab, air mata nie macam salah satu terapi nak kurangkan rasa sesak kat dada..
perasan x??
kalau kita nak solat taubat ke, tahajjud ke,
kita kn memang sangat2 digalakkan untuk menangis,
so menangis nie x salah sebenarnya,
macam penciptaan wanita jugak,
Allah ciptakan wanita cukup kuat menampung segala beban,
tapi cukup lembut dalam mendidik anak-anaknya,
see,
untungkan jadi wanita,
siap Allah bagi air mata untuk dia kekal tabah,
bukan tanda kelemahan :)

nasihat saya??
ha2.. erm, menangislah kalau anda rasa perlu,
tapi jangan jadikan tangisan itu sia2,
jadikan tangisan itu sebagai sokongan untuk kita bangkit semula,
tersenyumlah pada kesusahan,
kelak kesenangan akan muncul,
tanpa kita sendiri sedar kehadirannya,,

itu yang sya buat sekarang,
dan itu juga yang saya hendak anda lakukan,
sebab apa??
sebab kalau saya nak bantu anda secara personal,
mungkin saya x mampu,
tapi kalau saya bagi jalan,
mungkin berguna bagi sesetengah orang :)

Ps: saya bukan kawan yang baik untuk anda, tapi saya berusaha menjadi yang terbaik untuk anda anda..
 saya x mampu nak tolong dan dengar semua masalah orang, tapi saya tahu satu perkara.. semakin kita mudahkan kerja orang lain, Allah akan mudahkan kerja kita :)

Selamat hari Ibu

Assalamualaikum.. :)

Salam hebat rakan2..
Hari ini mungkin bukan hari yang istimewa,
tetapi kita yang menentukan sama ada hari ini istimewa atau tidak buat kita,
sebab apa??
semuanya datang dari minda..
kalau pagi2 lagi kita dah mulakan hari kita dengan ceria,
insyaAllah sepanjang hari kita akan berlalu dengan baik,
begitu juga kalau kita mulakan hari kita dengan bermasam muka,
semua perkara jadi serba x kena..



Awal pagi lagi saya dah dengar ibu saya ucap 'selamat hari ibu' pada atuk saya :)
dan saya rasa sangat2 gembira,
sebab memanglah kalau diikutkan hari ibu sepatutnya hari2,
tapi macam hari lahir juga,
sekali setahun,
tetapi diingati..

Ibu2 selamat hari ibu :)
sungguhlah jasamu membesarkan aku tidak dapat aku balas hingga akhir hayat aku,
tiap pagi rutinmu membasuh kain,
memasak, menyidai baju, membuat sarapan, mengemas rumah,
hampir semua perkara di bawah seliaan mu,
sekalipun kau tidak pernah mengeluh mahupun goyah,
tetap tegar menghadapi rutin harian yang ku kira bosan,
sungguhlah ibu,
dalam dirimu tersimpan kekuatan,
yang tak bisa aku dapatkan sekarang :')

Dan jika dirimu jatuh sakit,
sekalipun kau tidak mengeluh,
malah masih lagi meneruskan rutin mu,
sungguhlah sakit bukan penghalang buatmu,
kerana erti "tanggungjawab" itu lebih besar maknanya..

jika di beri pilihan,
memilih antara kilauan permata dan dirimu,
sungguh ku memilih dirimu,
kerna dirimu lebih bernilai dari segalanya..

ibu,
jika kau tahu,
risau mu mengundang risau ku,
sakit mu mengundang sakit ku,
sedih mu mengundang sedih ku,
kerna aku tahu,
kasih sayangmu x terhitung besarnya,
x terbatas dek waktu,
sepanjang masa,
selama-lamanya..

Ps: sayang ibu :)


 
 



Friday, 11 May 2012

Assalamualaikum.. 
salam hebat readers..



Erm hari nie saya nak cakap pasal di antara dua persimpangan..
dalam hidup nie kita memang telah tersedia dua pilihan,
sejak dari bangun tidur hingga tidur semula pada malamnya,
sentiasa ada sahaja pilihan yang perlu kita lakukan,
contohnya bila terjaga waktu pagi,
kita ada pilihan sama ada terus bangun,
atau tidur semula,
sentiasa ada pilihan yang perlu dibuat,
dan pilihan yang kita buat perlulah tepat,
kerana pilihan kita akan menentukan perjalanan kita sepanjang hari..

begitu juga kalau ia melibatkan pilihan untuk hidup,
pilihan sama ada untuk terus hidup dalam keadaan sekaranag,
atau hidup dalam keadaan kita lagi baik dari sekarang,
semuanya adalah pilihan,
kita berhak menentukan perjalanan hidup kita,
kerana apa??
kerana Allah telah menciptakan manusia dengan akal supaya mereka berfikir..

Hurm, ok kenapa pilihan ini sangat2 penting,
sebab pilihan yang kita buat hari ini,
akan menentukan siapa kita pada masa hadapan..
kalau di beri peluang tidak membuat pilihan,
mestilah saya gembira sebab x perlu susah2 fikir,
yang mana satu pilihan terbaik,
tapi bila difikirkan semula,
Allah menciptakan pilihan kerana apa??
kerana Allah ingin menguji hamba2Nya..

begitu juga penciptaan syurga dan neraka,
neraka dihiasi dengan jalan2 yang senang,
keseronokan yang mengasyikkan,
melalaikan sesiapa yang memandang,
tapi hari ini,
cuba kita renung semula..
apa janji Allah dalam Al-Quran berkaitan denga syurgaNya??
x tergambar dek fikiran..
tapi macam mana nak sampai ke sana??
jalannya sangat rumit dan payah,
tiada langsung keseronokan,
tapi bagi hati2 yang percaya janji Allah,
bukankah Syurga sebaik-baik tempat kembali??

kadang2 dalam hidup ini,
saya sangat takut membuat pilihan,
kalau boleh di antara dua persimpangan,
saya rela memilih jalan ketiga,
berbanding memilih salah satu antara dua..
hurm, tapi nak x nak,
kena berani menghadapi risiko dan cabaran,
kalau tidak,
anda bukan sesiapa,
sebab anda x berani membuat keputusan..

kalau diizinkan,
saya ingin mencapai apa yang sepatutnya saya perlu capai,
x kira walau apa pun halangan,
sebab saya yakin,
janji Allah itu pasti..

Ps: semakin besar cabaran, semakin dekat kita dengan kejayaan..


Thursday, 10 May 2012

sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga..

Assalamualaikum..
salam hebat anda semua,

memandangkan tajuk entry kali ini sangat2 mendalam maknanya,
saya nak share something dengan anda semua :)


Hurm, betullah kata2 pepatah,
sepandai-pandai tupat melompat,
jatuh ke tanah juga akhirnya,
bermaksud walaupun seseorang itu pandai dalam satu bidang contohnya,
tetapi tetap ada kelemahan dan kekurangan,
kerana tiada apa yang sempurna di dunia ini,
kerana kesempurnaan itu milik Allah :)

erm, tapi yang paling penting sekali,
hari ini tanggal 10 mei 2012,
tepat pukul 2.00 petang,
sesuatu telah mengubah persepsi saya pada kehidupan,
dan mungkin juga menjadikan saya seorang yang lebih peka selepas ini,
dan yang paling penting,
lebih menyayangi diri sendiri,
dan org2 tersayang..

mana x nya,
sebelum ini jika ayah atau ibu saya melarang saya memandu dengan laju,
saya akan ambil endah x endah pesanan mereka,
ibarat mencurah air ke daun keladi,
x basah,
x terkesan,
tiada impak pada jiwa dan rohani,
tiada kesedaran,
biasalah manusia,
dah terhantuk baru terngadah,
dah kena baru tahu..

" kadang2 Allah jadikan asbab, supaya kita beringat"
"kadang2 tuhan ambil sesuatu yang kecil untuk berikan sesuatu yang besar"

yes.. insyaAllah lepas nie saya akan lebih berhati-hati,
x bwk laju2 dah,
dah insaf..
jalan pekan paling laju pun bawak 70km/j sahaja,
highway bwk 100km/j sahaja,
cina yang betulkan kereta tue pesan,
bawak kancil dan viva x boleh bawak laju2,
sebab ringan,
nanti x blh kawal :P
ha2.. kenapalah banyak2 orang yang nasihat benda sama,
cakap cina tue jugak yang terkesan kat hati nie,
sungguhlah Allah itu memegang hati hambaNya..

ye2.. tapi.. ibu boleh x jangan marah..
nanti eda ganti balik kete tue dengan kete yang lebih bagus,
siap auto lagi,
tapi tunggu eda duit banyaklah :)
boleh kn ibu..
sayang ibu sangat2..
< ok boleh x nk print ayat nie biar ibu baca sendiri?? >
ha2.. takut nak bagi tahu..
nanti ibu risau,
x kasi drive..

tapi2 ajal dan maut kan kat tangan Tuhan,
selagi ada rezeki kat dunia nie,
selagi itu kita akan terus hidup,
semua orang islam perlu yakin itu,
dan saya pun yakin juga,
selepas nie saya lebih berhemah dalam memandu,
dah x nak sambil lewa pandu kereta,
bukan senang orang nak beri kepercayaan..

boleh kan.. bagi saya peluang kedua,
sedangkan Allah pun tidak pernah jemu memaafkan,
inikan pula manusia yang serba kekurangan, 
lagipun,
setiap orang kan belajar dari kesilapan,
kalau semua orang takut buat silap,
sampai bila nak tahu kita silap dekat mana,
betul x?? :) 

Ps: doa banyak2 biar Allah tenangkan hati ibu..




 


Tuesday, 8 May 2012

x terkata..

Assalamualakium.. :)
selamat pagi..
salam hebat :)

Hari ini sebab ada masa lebih sikit, jadi saya nak kongsi dengan anda semua tentang ayah..

Hurm, kalau nak diikutkan,
semakin kita semua meningkat remaja,
semakin bertambah risau seorang ayah kepada keselamatan anaknya,
lebih2 lagi jika anaknya itu seorang perempuan,
sampai x lena tidur si ayah jika dia tahu puterinya di luar sana tidak selamat,
seboleh-bolehnya mereka mahu sentiasa berada di samping puterinya untuk menjaga,
ayah sebagai satu figure yang kuat dan tabah,
seorang yang tegas,
berpendirian teguh,
dan mempunyai egonya sendiri,
tapi disebalik semua itu,
 siapa sangka,
si ayah juga sangat2 menginginkan puterinya dijaga,
sekurang-kurangnya oleh orang yang dia percaya,
itulah figure seorang ayah.

dan kadangkala,
akal waras seorang gadis,
akan memberontak atas sikap si ayah.
memberontak bukan sebagai tanda protes,
tetapi,
inginkan kepastian,
mengapa figure seorang ayah sebelum ini,
sangat2 sporting menunaikan permintaan puterinya,
tetapi tiba2 menjadi seperti diktator?
mengawasi melebihi seorang tentera mengawasi musuhnya,
risau melebihi empunya diri,
menasihati melebihi si ibu yang tiba2 memahami situasi si puteri..

hurm..
adakah si ayah sudah berubah??
berubah menjadi begitu concern perihal puterinya,
atau adakah si ayah tergugat akan posisinya,
kelak akan ada lelaki lain yang menggantikan tempatnya??

dan persoalan demi persoalan melintas di fikiran puterinya..
wahai ayah,
andai sahaja engkau tahu,
dalam jiwa puterimu ini,
tiada siapa yang lebih layak boleh menggantikan posisimu,
kerna kau yang pertama hadir dalam hidup ini,
kau yang empunya cinta ini,
kau yang membesarkan puterimu ini,
x kan boleh sesiapa dapat melakukan,
persis seperti apa yang kau lakukan pada puterimu,
sungguh2 aku sangat menghargai dirimu,
kurniaan Allah yang x terhingga besarnya padaku,
akan ku jaga nama baikmu,
sampai satu masa,
bila kau sendiri rela melepaskan puterimu,
pada seorang yang kau percaya,
ketahuilah wahai ayah,
kau yang pertama,
dan aku ingat itu... :)

 I love my dad :')


Ps: Dedikasi untuk sesipa yang bergelar ayah :)


Saturday, 5 May 2012

...

sometimes you don't really need to express your feeling,
sometimes your eye can show everything,
sometimes there is no words to describe something,
just a say.. " i'm glad to know myself now" :P




Thursday, 3 May 2012

Plan B :)

Assalamualaikum..
Salam hebat anda semua.. :)



Di pagi jumaat yang penuh keberkatan ini, saya nak kongsi dengan anda semua tentang Plan B.. Erm, apa itu plan b?? ok.. saya nak tanya anda soalan..

kereta ada berapa tayar?
mestilah kebanyakan dari anda akan jawab kereta ada empat tayar..
betul x??
tapi, jawapan anda salah..
sebab apa??
sebab.. kereta ada lima tayar.

setuju x dengan saya??
mestilah kn..
kereta ada lima tayar sebab lagi satu tayar tue tayar "spare"..
erm, nampak x??
even benda bukan hidup pun ada plan b,
di mana kalau salah satu daripada empat tayar tue bocor,
masih boleh gunakan tayar 'spare'
inikan pula manusia.. :)

anda ada plan b x??
plan b yang saya maksudkan di sini ialah perancangan hidup anda pada masa hadapan,
macam saya masih belajar di salah sebuah ipta,
akan menamatkan pengajian dalam masa empat tahun dari sekarang <insyAllah>,
jadi perlu ada plan b,
sebab plan b berguna jika plan a saya x berjaya,
atau kalau berjaya pun, 
x berjalan seperti yang dirancang..

Apa plan a saya??
ok, plan a saya,
saya akan teruskan pengajian dalam bidang yang saya ambil sekarang,
insyAllah berkaitan dengan undang-undang,
jika saya lulus cemerlang dalam bidang nie,
saya akan teruskan cita-cita saya menjadi seorang peguam syariah,
yang membela nasib wanita :P
tapi, semestinya menjadi peguam bukan cita-cita saya untuk selama-lamanya, 
sebab macam saya cakap sebelum ini,
saya nak ada business sendiri,
saya nak ikut sunnah nabi :)

ok.. bila kita dah jelas dengan plan a kita,
apa nak buat untuk plan b??
erm, plan b nie kita kena prepare awal2,
contohnya saya cakap nak ada business sendiri satu hari nanti,
apa usaha saya ke arah itu??
mestilah saya dah kena start buat research tentang jenis2 perniagaan,
sama ada konvensional, francaise, jualan langsung dan sebagainya,
cari kawan2 yang sama minat dengan kita,
masuk @ join program2 keusahawanan,
dan seribu satu cara untuk melengkapkan diri dalam bidang yang saya minat..

tapi..
plan b x semestinya benda yang kita minat,
sebab plan b ini berfungsi sebagai 'back up plan'.
bila dah namanya back up,
mestilah sesuatu yang boleh tampung kehidupan kita kalau plan a x jadi,
bukan satu benda yang di buat main2,
sebab akhirnya nanti, 
kita akan berharap pada plan b kita jugak untuk dapat 'side income' contohnya,
oleh itu, jangan main2 dengan plan b :P

kadang2 orang akan cakap,
x minatlah buat itu,
x minatlah buat ini,
saya minat buat benda nie,
tapi pernah x diorang terfikir,
agak2 dioranglah kan,
yang mak cik 2 cleaner,
pak cik2 guard,
umur sebaya dengan mak dan ayah kita tue,
diorang minat x kerja macam tue,
pernah x tanya diorang??

saya pernah,
dan jawapan mereka,
"nak cari duit dik, memanglah kena kerja",
erm, x pernah pulak saya dengar diorang kerja macam tue sebab betul2 minat,
see kadang2 minat x kemana,
selagi boleh dapat duit untuk tampung hidup,
minat ditolak ketepi..

tapi, remaja sekarang ramai x sedar,
perkara di atas boleh kita atasi kalau kita merancang dari awal,
sebab "gagal merancang, merancang untuk gagal",
anda nak pilih yang mana??
jadi,
mulai hari ini,
mulalah merancang untuk hidup anda,
nama pun "dah besar panjang kn??",
boleh beza mana baik,
mana buruk..

lagi satu,
plan b nie bukan untuk masa depan sahaja tau,
kita boleh aplikasikan dalam aktiviti harian kita,
contohnya hari nie kita ada temujanji dengan kawan,
nak jumpa dekat restoran dalam pukul 3 petang,
tapi,
bila kita nak pergi jumpa dia,
kita mestilah dah plan awal2,
kalau tiba2 dia x jadi datang kita nak buat apa??
kita nak balik rumah terus ke,
atau jumpa kawan lain,
atau beli keperluan rumah dll,
kalau dia jadi datang tapi datang lambat macam mana??
kita nak duduk "melongok" kat situ jea ke,
atau ambil buku baca??
semua tue kita kena fikir, 
baru hidup kita sistematik, 
x delah menghabiskan masa dengan sia2 :)

Ps: Jom kita rancang masa depan, jangan biarkan masa depan merancang hidup kita :)



 
 




Wednesday, 2 May 2012

Be Positive!!

Assalamualaikum.. :)
Selamat pagi dan salam hebat rakan2 sekalian..

Hari ini saya nak share dengan anda semua.. bagaimana nak jadi positif..
erm, kalau nak diikutkan, nak berfikiran positif nie bukan satu benda yang senang,
perlukankan latihan, persekitaran yang membina serta rakan-rakan atau kenalan rapat yang mampu memberi sokongan..
senang citer, 'social influence' ~ anda akan terikut-ikut dengan keadaan sekeliling..



Tapi, bila difikirkan balik,
ade ke suasana di mana semua orang berfikiran sangat2 positif??
Biasa kalau duduk2 dengan kawan mesti ada aje benda2 yang tak enak di dengar..
betul x?? 
kalau x banyak pun, sedikit..

Ok.. ikut pengalaman saya lah kan..
nak berfikiran positif nie memang ambil masa,
dan perlukan sokongan dari orang yang paling rapat..
dua orang yang sangat berjasa dalam hidup saya,
ajar saya tentang menjadi seorang individu yang berfikiran positif ialah..
Yang pertam ialah ayah saya sendiri,
dan yang kedua, kawan baik saya iaitu amira nabilah.. :)

Hurm, memang x dinafikan,
dulu masa sekolah menengah, 
memang banyak sangat masalah yang saya hadapi,
baik dari segi cara nak urus waktu belajar,
masalah dengan kawan,
masalah nak faham sesetengah subjek,
dan macam2 lagilah..
pendek kata, macam sayalah dalam dunia nie yang paling banyak masalah :P

Tapi, bila saya mengadu dengan ayah saya pasal masalah saya <selalunya yang melibatkan orang lain>,
mesti ayah saya salahkan saya balik, <time nie fikir gak, padahal saya dah citer betul2 kat ayah saya yang bukan saya yang salah, tapi orang lain>
tapi, macam mana entah ayah saya boleh buat,
masalah yang saya hadapi itu berpunca dari diri saya sendiri,
bukan orang lain,
siap dengan alasan yang sangat2 kukuh,
dan akhirnya saya pun dengan paksa rela,
mengaku gak yang masalah tue berpunca dari diri saya sendiri,
bukan orang lain..

ok, nampak tak..
macam mana ayah saya nak tolong settlekan masalah saya..
sebab, kalau kita salahkan orang lain,
kita x de kuasa nak ubah attitude orang tue,
tapi kalau kita sedar masalah tue berpunca dari diri kita sendiri,
kita akan lebih mudah nak selesaikan masalah tue..
see, senang kan..
penyelesaian itu ada dalam diri kita sebenarnya,
cuma kita nak atau tidak sahaja.. :)

so, lepas tue,
sebelum saya nak salahkan orang lain,
saya ambil masa nak fikir dulu,
mana tahu kalau2 saya yang jadi penyebab masalah itu timbul,
lagipun ubah diri sendiri kan lagi senang dari ubah diri orang lain,
kalau nak ubah diri sendiri pun ambik masa,
inikan nak ubah diri orang lain,
betul x??



hurm, orang kedua yang sangat2 saya respect ialah amira nabilah,
dia nie dulu dorm mate masa sek menengah,
dia sangat2 bersemangat dan positif dalam apa2 perkara,
ingat lagi kata2 dia kalau saya ada masalah,
"aida, cuba fikir positif sikit, bosanlah ashik fikir negatif jea",
see, ayat dia sempoi jea kan,
tapi betul2 masuk dalam hati saya,
sejak tue saya cuba jadi macam dia,
apa2 yang saya nak buat saya seboleh mungkin akan tanamkan dalam diri,
"saya mampu lakukan, saya boleh, benda nie senang jea",
saya akan cakap "boleh buat, berbanding x boleh buat",
saya cabar diri buat perkara yang saya rasa x amampu buat,
contohnya perkara yang melibatkan seni,
baik seni lukis mahupun seni mewarna,
memang saya agak 'failed' di situ.. ha2

tapi,
masa saya form 5,
saya tolak diri saya jadi leader untuk pertandingan "banner" dekat sekolah,
ha2.. lukis pun x reti :P
dari cari group untuk buat banner,
sampailah nak lukis apa,
warna apa nak guna,
semua saya redah..

Tapi, alhamdulillah,
kami seramai empat orang,
dua lelaki dan dua perempuan,
berjaya memperoleh tempat keempat :)
kalau ikut cikgu,
kalau kitaorang punya huruf kemas sikit,
boleh dapat nombor dua atau tiga,
atau.. nombor satu pun boleh.. ha2
dan2.. budak2 banner yang masuk kebangsaan pun puji banner kitaorang,
siap cakap kalau kitaorang buat kemas sikit,
boleh 'beat' diorang.. :P

ok, waktu nie saya sangat2 excited,
siapa sangka orang yang x reti seni nie boleh jugak buat 'banner'..
anda mampu?? :)
dapat pujian lagi,
amboi, memang sukalah kan,
x sia2 berhempas- pulas menyiapkan,
empat jam yang sangat2 genting..
sweet memory ever.. :)

 
  ok.. anda nak comment buruk ke, x lawa ke saya x kisah.. yang penting saya dah ada experience.. :P

btw, sekarang saya dah jadi positif,
dan cuba mempengaruhi orang lain berfikira positif jugak,
barulah hidup tiada masalah :)


Ps: if u want other people respect u, u must respect them first :)




 
Blogger Templates