Friday, 18 May 2012

kerana aku wanita

Assalamualaikum :)

Salam hebat readers,
hari nie tajuk entry macam best skit..
ha2.. kerana aku wanita :)


yes, saya wanita..
wanita x semestinya refer pada orang dah kawin sahaja,
asal perempuan,
nampak matured skit pun dah boleh panggil wanita,
barulah nampak feminin..

kenapa wanita??
sebab perkataan "wanita" itu sendiri membawa maksud,
seorang yang yang luar biasa ciptaannya,
dari lahir hingga akhir hayatnya,
Allah x pernah tinggalkn dia berseorangan,
bila lahir ada ayah yang menjaga,
lepas kahwin ada suami yang jaga,
dah tua ada anak yang jaga,
even bila di akhirat,
dosa seorang wanita akan ditanggung oleh empat orang lelaki,
subhanallah,
begitu sekali Allah menjaga seorang wanita..

jadi wanita sangat istimewa,
sebab walaupun tampak lemah,
tapi siapa sangka,
di sebabkan seorang wanita,
majnun menjadi gila disebabkan laila,
taj mahal dicipta,
sebuah negara binasa,
rumahtangga yang dibina bertahun-tahun boleh runtuh,
seorang lelaki menjadi hamba kecantikan,
hidup x tentu arah,
dan seribu satu macam kemungkinan..

siapa sangka??
dahulu zaman jahiliyah,
wanita tiada harga,
maruah dinjak dipijak,
x siapa peduli nasibnya,
hanya bisa menjadi alat pemuas nafsu,

tapi,
sejak Islam datang,
maruah wanita diangkat,
siap dalam hadis lagi,
nabi bersabda "muslim yang paling bertakwa di antara kamu ialah yang berbuat baik pada isterinya",
see, nabi pun sayang wanita :)
sebab wanita hiasan dunia,
dah memang cantik tanpa perlu aksesori lain,
cantik dengan sifat, budi pekerti dan akhlaknya..

erm, tengok mcm mana Allah angkat martabat wanita,
berbahagialah jd wanita,
macam saya :)

Ps: dalam setiap diri wanita itu ada sifat malu, dan jika dia membuang malunya, maka hilanglah maruahnya.. 




0 respon artikel:

Post a Comment

 
Blogger Templates