Sunday, 18 November 2012

Manusia sering jatuh cinta..
pada kecintaan yang sama..
aku juga punya cinta,
dan cinta ku seringkali jatuh,
pada timbunan buku2,
yang membuat aku berfikir tentang kehidupan,
yang memberi aku semangat,
dan menjadi teman paling akrab,
tatkala aku kebosanan..
dan x siapa tahu,
aku mendapat kekuatan,
sebahagian besar dari bahan bacaan,
yang aku kongsi jadi rujukan,
yang aku hafal jd azimat kehidupan..

kerana cinta,
manusia sanggup melakukan apa sahaja,
berkorban jiwa dan raga,
tanpa batas dan sempadannya..
begitu juga aku,
jarang kali berkira-kira,
kerna cinta,
bukan dipaksa,
tapi tanpa rela,
tetap bahagia..

jika aku memberi,
senang sekali aku memberi hadiah buku,
mungkin x semua secinta aku,
tapi ketahuilah,
aku cinta kamu,
sebab itu aku kongsi rasa cinta ku..

tapi,
aku akan lebih senang hati,
jika kau tidak saja gembira menerima pemberianku,
tetapi menghadami,
apa yang aku ingin dari kamu,
melalui buku pemberianku,
sebab aku cuba,
berkongsi rasa cinta,
agar kita,
sama-sama bahagia..

Ps: Nota Hati Seorang Lelaki, Pahrol Mohd Juoi

0 respon artikel:

Post a Comment

 
Blogger Templates