Monday, 31 December 2012

selamat tinggal kenangan, selamat datang masa depan :)

assalamualaikum..
salam hebat readers :)
sedang sibuk2 buat persediaan final exam,
sengaja mencuri masa,
menyimpulkan apa yang patut,
buat refleksi dan penambahbaikan pada masa akan datang,
yelah umur dah nak menginjak ke 20an,
perlu lebih matang menilai kehidupan :)

Alhamdulillah berkesempatan bersama modul Dr Azizan Osman,
untuk talk pasal BERANI,
yelah nak menghadapi masa hadapan bukan senang,
perlu berani dalam membuat keputusan,
dan apa yang dapat saya simpulkan disini,
berdasarkan penilaian untuk penambahbaikan,
terdapat beberapa soalan yang perlu dijawab..

Untuk 2012, adakah kewangan saya lebih baik dari tahun 2011 dari segi..

1. Adakah pendapatan anda meningkat?
    Ya- sebab lebih kuat kerja :)

2. Komitmen hutang lebih tinggi?
    Ya- sebab dah x naik public :)

3. Simpanan meningkat?
    Tidak- sebab byk duit kat tangan, rasa nak belanja semua :) n duit minyak tinggi setiap hari.. next time tukar NGV :)

4. Zakat yang dikeluarkan meningkat?
    Ya- Alhamdulillah.. tahun 2013 tingkatkan 200% in shaa Allah pasti :)

5. Masa yang diperuntukkan untuk family lebih banyak?
    Ya- kerana kunci kejayaan pada parents :)

6. Lifestyle hidup lebih baik?
    Ya- Alhamdulillah.. dan paling penting pemikiran dah bertukar 360 darjah :)

7. capai kejayaan berbanding tahun lepas?
    Ya- Alhamdulillah.. tapi ingin jadi lebih baik lg pada tahun ini..:)

8. Adakah hajat anda banyak tercapai tahun ini?
    Ya- Alhamdulillah.. dan saya nk capai yang lebih besar lg pd tahun ini ^_^

9. Adakah anda ada kewangan dan masa yang kukuh untuk melancong setiap hari/bulan/ tahun?
    Tidak- belum ada kewangan yang betul2 kukuh untuk melancong ke luar negara, tp in shaa Allah akan diusahakan..

dan Alhamdulillah results kat atas lebih banyak Ya dr Tidak.. tapi still kena byk lg improvement supaya akhir tahun depan semua jawan Ya.. :)

dan azam saya untuk tahun baru ialah:

1. Saya  berusaha cari jalan sendiri guna Google map, last option baru tanya orang :)
2. Saya  pastikan simpanan persendirian saya pada akhir 2013 mencecah RM 100k, di Bank Islam
3. Saya  bayar down payment rumah RM30k
4. Saya  ambil personal insuran yang berharga RM200k
5. Saya  naik KEC sebelum saya mencecah umur 20 tahun pada 10 ogos 2013
6. Saya hantar parents pegi umrah guna duit sendiri pada bulan March 2013.. Amin.. (semoga Allah mudahkan jalan dan dijemput menjadi tetamu Allah)
7. Saya keluarkan zakat sebanyak RM30k pada tahun 2013

fuh.. mission start.. results akhir 31 december 2013.. Moga perjalanan dimudahkan :)



0 respon artikel:

Post a Comment

 
Blogger Templates