Saturday, 4 May 2013

kawan atau..... ?

Assalamualaikum..

salam hebat readers :)
sudah lama x menulis,
rindu pada diari ini..
seperti biasa,
kalau nk cerita pasal kehidupan.
banyak benda sebenarnya yang berlaku..

semuanya bermula apabila saya sudah mula menginjak umur 20 tahun dalam beberapa bulan lagi,
apabila hati saya sudah mula matang,
apabila banyak sangat persoalan yang bersarang,
sungguh,
antara fasa kehidupan,
yang saya sendiri x sanggup nk hadapi,
yang buat saya mengeluh berkali-kali.
Allah,
beratnya ujian..

siapa kata hidup ini semudah fantasi,
siapa kata orang positif x pernah berfikiran negatif?
siapa kata yang berhati 'keras' x punya kelembutan?
siapa kata setabah anda,
bila diuji, baru tahu langit itu tinggi,
dan sekarang, fasa itu masih lagi saya titi,
cuma bezanya, dengan sedikit kekuatan dan dorongan,
dengan adanya seorang rakan hati,
silap, mungkin juga lebih dari seorang,
sedikit demi sedikit..
saya mula mencari identiti diri..
ya,
saya akan teruskan perjuangan,
bukankah untuk manjadi baik itu payah,
tapi, bila kepayahan itu kita tempuh,
in shaa Allah,
ganjaran Allah menanti..
bukan untuk diri,
bukan untuk dunia,
tapi untuk negeri akhirat yang kekal abadi..


bantu saya,
jadi HAMBA...

~khalida

PS: Terima kasih Allah kerana mendatangkan rakan2 hati yang tidak pernah jemu2 mengajar diri ini.. Sungguh, angkatlah darjat mereka di sisimu. Aku bersaksi bahawa mereka sentiasa ada tika aku perlu, dan sedia membantuku x kira waktu. Aku berharap kau limpahkan mereka dengan rezeki Mu, peliharalah mereka dan keluarga mereka dari azab seksa api neraka. Temukan kami dalam syurga Mu. Ampuni segala dosa mereka, baik yang sudah berlalu, tengah berlaku dan akan datang. Temukan kami dalam cintaMu. Amin Ya Allah..

0 respon artikel:

Post a Comment

 
Blogger Templates