Friday, 16 August 2013

'biarkan saya pergi...'

Assalamualaikum

Salam hebat readers :)
Sedar x sedar dh byk juga post sy dkt blog nie
Banyak juga karya sy di laman ini
Hingga x sangka
Betulkah sy yg tulis semua ini?

~chewah, ayat nk hot aja~ he2

Ok2
Memandangkan ada baca beberapa artikel yg sy buat dulukala
Still penulisan sy nie lebih kepada nukilan perasaan
Tapi, jauh di sudut hati
Saya mengharapkan ada manfaatnya pd org lain
X banyak, sedikit pun jadilah..

Baiklah hari nie sy nak share psl sepupu saya
Beliau baru sahaja meninggalkan dunia yang fana ini pd bulan puasa baru2 nie
<al-Fatihah>
Saya mengharapkan rahmat Allah terhadap allahyarham

Baiklah,
Nama penuh beliau saya tidak berapa pasti
Tapi biasa dgn panggilan abang Eddy
Sudah berkeluarga dan alhamdulillah dikurniakan 4 org cahaya mata
Bekerja sebagai kontraktor makanan di salah sebuah sek berasrama penuh
Seorang yang sgt2 pemurah dan kelakar
Yang plg penting disayangi oleh semua org kerana peribadinya yg menyenangkan

Diceritakan oleh ibu dan bapa allahyarham
Beliau memang menhidapi semput sejak kecil
Pada suatu hari, ketika berada dirumah ibu bapanya
Tanpa anak2 dan isteri disisi
Beliau diserang semput
Namun, bila ingin dibawa ke hospital beliau tdk mahu
Waktu itu ialah waktu senja
Katanya

 ' x perlulah bawak ke hospital, nanti diberi ubat semput jgk. Biarlah kt rumah jea, dh smpi sini dah (smbil menunjuk ke kerongkong), nnt lepas maghrib nak bwk pegi mana2, bawaklah'.

'Mak, eden ada salah pd mak x?'
Mak 'x dolah kau salah pd mak doh. Klu ado mak yg salah'.

'Abah, den ado salah x kat abah'
Abah 'X dolah kau salah kt abah doh'

'Huh, lega den dongar'

Dan selepas sahaja waktu maghrib, beliau menghembuskan nafasnya dengan mudah. Orang ingat dia tertidur. Tapi bila dikejutkan, nadi telah tiada. Dia menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan abahnya, di sisi bondanya yg tercinta.

Saya x begitu kenal rapat dengan arwah kerana perbezaan umur kami lebih 20 thn. Tetapi diceritakan arwah mempunyai peribadi yang sgt pemurah. Beliau pernah meng'sponsor' tukang masaknya ke Langkawi untuk hadiah  perkahwinan anak pekerjanya.

Dan setiap hari raya beliau tdk pernah lokek utk menghulurkan duit raya pd mak cik2 nya.. itulah serba sedikit yg sy tahu psl kebaikan arwah. Tapi yg sy lebih terharu, arwah sempat mengucap dua kalimah syahadah, membaca yaasin dan beberapa surah lain dgn fasih. Subhanallah, semoga Allah menempatkan arwah diklangan org2 yg bertaqwa :')

Ps:sy nk mati dlm keadaan mcm tue :') amin..

0 respon artikel:

Post a Comment

 
Blogger Templates