Apa itu fokus?
Satu keadaan di mana kita meletakkan sepenuh perhatian dan tumpuan kepada sesuatu perkara.
contoh, bila masuk kelas, tutup dan silent off kan handphone, ready dengan pen dan buku ditangan, ready dengan tajuk yang akan diajar, serta dalam keadaan sudah bersedia mental dan fizikal. Jika takut mengantuk, sediakan air. Jika tak nak lapar, ambil sarapan sebelum masuk kelas.
Ready= Bersedia
Bersedia dari segi fizikal mahupun mental.
Begitu juga kalau nak pergi Travel. Bukan sahaja bersedia dari segi duit, malah dari segi mental, fizikal dan back up plan.
Dan yang paling penting, mestilah bagaiman kita menguruskan duit kita.
Perbezaan antara keperluan dan kemahuan.
Keperluan = Barang yang asas. Senang citer, kalau tak de, tak boleh nak teruskan hidup. Perkara asas/fundamental. Contohnya, makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Kemahuan = Perkara yang tidak fundamental. Diperlukan untuk mengisi kekosongan atau mahu isi masa lapang. Perkara yang bukan asas dan jika tidak boleh dapat, tidak membawa kesan terus kepada diri. Contohnya, bercuti, main scuba, daki gunung dan lain-lain.
Kenapa kena tahu dua perkara tersebut?
Sebab, dalam hal pengurusan duit, kealpaan kita untuk memahami dua perkara ini menyebabkan kita mengalami keadaan "tak pernah cukup duit".
Orang berilmu berbelanja bila pelu dan pada keperluan asas. Mereka akan menggunakan lebihan duit untuk memperoleh kemahuan mereka dan tidak akan menggunakan keseluruhan duit simpanan mereka untuk penuhi kemahuan.
Tetapi, orang yang kurang berilmu terurama dari seri pengurusan kewangan, selama-lamanya mereka tidak akan lepas dari masalah hutang, kurang duit dan tak ada simpanan.
Tapi, jika kita ada ilmu tapi tak gunakan. Kita lebih teruk dari orang yang tak de ilmu. Sebab, orang berilmu dah tahu pasal perkara tu. Jadi, bila tak buat tu memang salah sendiri. Kalau orang yang tak de ilmu, diorang memang tak tahu pasal perkara tu. Jadi, mereka tak boleh disalahkan.
=> Noted to mself
Mood: Nak pegi Lous!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 respon artikel:
Post a Comment