Saturday, 20 June 2015

sahabat

Haaaa... hari ni nak story pasal sahabat,
usha-usha Fb kawan 'lama'
terjumpa satu ayat
"kadang-kadang orang yang baru kita kenal, lebih baik dari kawan yang lama kenal"
hmmmm

tak tahu kenapa, tapi rasa ayat tu makan dalam
hahaha
sebab i know who you are referring to
tapi tak pelah,
biasalah tak de benda yang kekal
kalau kita cari dalam persahabatan adalah kawan yang memberi
nescaya kau akan lelah dan tak menemui kawan yang memberi

tapi,
jika kau mencari teman untuk diberi
nescaya kau akan temui ramai orang yang ingin diberi.
dan aku adalah kawan yang ingin diberi,
bukan memberi

perjuangan kita dah tak sama
matlamat kita juga berbeza
tapi,
selagi kita ada Allah Pemberi Rezeki
tak kan lah terpisah atas sebab berlainan pemikiran.

kalau ikutkan masa dan waktu
siyes lah, dah lama tinggal alam bisnes
bukan sebab bisnes tak bagi duit
alhamdulillah, setakat ni buat beribu jugak duit dengan bisnes
tapi
tapi
tapi

satu benda yang terikut skali dengan duit tu ialah
perasaan ego, sombong, bongkak
rasa diri ni semuanya betul
rendah-rendahkan usaha orang lain
berlagak kaya
berlagak semuanya in control
padahal.....

sampai satu tahap aku bertanya
kenapa aku boleh jadi macam tu
memang salah ke ada duit banyak?

well, selepas satu tempoh mencari diri
baru aku faham
bukan masalahnya dengan duit
tapi masalahnya dengan hati
dengan cikgu yang kau mentorkan tu
dengan duit yang kau agung simpan bagai
tapi, end up tak de apa pun yang kau dapat
duit lagi banyak bocor ada
sebab Allah marah, tak redha perangai kau macam tu

Justeru,
untuk tempoh aku tak sentuh lagi pasal bisnes
adalah tempoh untuk aku cuci daki-daki jahiliyah dalam diri
betapa aku tak sangka
aku tanpa sedar menjadi abdi duit
terkejar-kejar tanpa arah tujuan
tapi,
ibarat yang dikejar tak dapat,
yang dikendong berciciran

biarlah aku hidup tak mewah macam dulu-dulu
biarlah orang kata aku ni membazir pergi kelas itu ini tapi tak amalkan
sebab aku tahu siapa aku
dan aku tahu pemilik ceritera hidup aku
kaya ke, miskin ke, semua nya datang dari Allah
sebab Allah je tahu yang terbaik untuk aku
yang aku perlu buat ialah
usaha dan berdoa, dan buat yang terbaik dalam setiap pekerjaan aku
biar aku tak menyusahkan orang
dan aku membantu menambah nilai hidup orang.


Moga-moga bila aku meninggal nanti
ramai orang miskin dan fakir yang datang menziarah
dan mendoakan aku saban waktu
sebab
doa-doa orang yang dalam kesempitan ini makbul
dan dekat dengan Allah

Moga-moga.
Aku kaya dengan doa orang-orang yang aku bantu.
Mungkin tak kaya di dunia,
tak famous dekat Fb atau kalangan rakan bisnes tak pe,
asal nama ku diingat dalam doa mereka.

Amin.

Ps: Doa dari jauh



0 respon artikel:

Post a Comment

 
Blogger Templates