Sedar tak sedar dah hampir satu semester berlalu
Tak terasa sudah berada di hujung tahun
Betullah, masa tu mencemburui kita
Bermula habis final exam sem 1
sibuk dengan orienteering
ke hulur ke hilir
meeting tu meeting ni
tapi alhamdulillah
berjaya juga merealisasikannya
walaupun nampak macam mustahil pada mulanya
then, busy pulak dengan jelajah IPT,
dah ada pengalaman buat orienteering,
luaskan pengaruh pada SRM lain pula,
dan alhamdulillah
tujuh institusi berkumpul pada hari, waktu dan tempat yang sama
UKM, UNITEN, USIM, UPM, UTEM, Kolej Putra, KUIM
Then busy pulak ke Terengganu,
Program keseniaan dan kebudayaan,
diskusi lagi dengan UNISZA dan UMT
alhamdulillah.. this is what i want
Kemudian, escapism ke kelantan,
pergi naik kereta, balik naik flight
pergi meninjau-ninjau tempat menarik kat Kelantan,
makan makanan Kelantan,
dan shopping sakan.. hahaha
alhamdulillah Along teman
so tak delah pishangg
Balik dari Kelantan dah pertengahan April,
Baru terhegeh-hegeh nak start Bab 1 untuk projek paper
padahal orang lain dah Bab 4, 5
tapi tak pe.. slow and steady
Naik cuti sem, pergi join program jerangkang
lepas dendam naik gunung
setahun kot tak hiking!
last hari tu masa k.wan belum kahwin
ni kak wan dah nak bersalin, baru dapat pergi semula
serius best
dengan air terjun nya yang cantik
dengan nature dia yang untouchable
dengan budak-budak junior yang awesome
alhamdulillah, it soooooo great to be part of it
Then 1 mei, sempat jugak spend masa dengan inspire
ke sungai congkak kita
mandi air sungai lagi
konon-konon tak nak mandi
last-last dating berdua dengan dayah dalam air
hahaha
Dayah dayah ^^
Masuk bulan Mei, ingatkan dah tak de komitmen
alih-alih, nama naik jadi MT SRM
fuhhhh..
last minit arrangement
nak kejar thesis nya lagi,
planning interview exco baru lagi,
planning AGM lagi,
tu belum masuk induksi dan kemas bilik SRM,
then minggu depannya pulak pergi kursus pengurusan kepimpinan
betul-betul waktu tengah packed dengan assignment
dan kerja kumpulan yang bertimbun
Ya Baari...
Kaulah Pengurus masaku
Yeah...
so hari ni actually 2 Jun 2015
officially saya siapkan thesis saya
selepas tiga hari berkampung dekat port lepak
alhamdulillah
feeling so blessed
bila print out semua thesis tu tadi
so in shaa Allah hari khamis nanti dah boleh dapat
and hantar pada lecturer :)
btw, esok ada BBQ untuk raikan exco lama,
mintak tolong budak exco baru yang handle
actually nak test diorang punya kepimpinan
yelah.. masing-masing bentang program gempak-gempak untuk sem depan
tapi dari pemerhatian
diorang ni memang ada bakat terpendam
ada leadership skills yang bagus
and ada team work
bagus bagus
in shaa Allah nama SRM akan naik lagi tahun ni :)
minggu depan, exam berderat
enam paper semuanya untuk sem ni
tapi satu apa pun tak sentuh lagi
haha
Thank you Allah
untuk sem yang sangat bermakna
Thank you Allah untuk pemakbulan semua doa-doa
Thank you Allah untuk sahabat yang baik-baik
Thank you Allah untuk ibu bapa yang memahami
Thank You Allah for everything :) :)
020615, 09:10pm- port lepak
Tuesday, 2 June 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 respon artikel:
Post a Comment