Thursday, 30 June 2016

Refleksi Ramadhan

30/6/2016

Alhamdulillah, safely arrive home. Last two days just finish my last paper for law school. Now preparing for syariah course for september.

Punyalah cantik aturan Allah. Dulu waktu habis spm, beriya nak ambik syariah. Tapi, apply tak dapat. Yang dapatnya, law. Nak tak nak, redah jugak untuk asasi sampai ke degree. Walaupun dulu everytime dalam kelas, mesti tanya Ya Allah, kenapa aku kena belajar sume ni. Law is too dry!

Tapi.. kadang-kadang Allah saja letak kita dalam sesuatu keadaan, just nak tengok kita. Sejauh mana kita ni redha dengan ujian. Bukan Allah tak tahu, hambaNya yang sorang ni memang obses dengan syariah. Allah tahu. Tapi, Allah nak kita belajar. Belajar benda yang kita tak suka. Sebab kalau benda kita suka, bila2 boleh belajar. And now, sedar tak sedar dah habis pun 4 tahun law school. Siap Allah bagi lagi terus masuk syariah line, and ibu willingly to sponsor. See, bukan Allah tak tahu minat kita. ALLAH just tangguhkan je hadiah untuk kita. Huhu

And after that, entah macam mana boleh nampak hikmah Allah lagi satu, bila ada member tanya advice. Out of nowhere, the words come. Even I surprise about that. Ya Baari'.

It was the issues that comes among our sisters. They are very educated, talented and very committed in dakwah field. However, when they are having taaruf, then the other party wishing them to be at home, raise the kids, settle down the houseworks etc. I personally felt a bit regret for the opinion of those brothers. Didnt they knew that our prophet never put all hos wife at home only. All his wives are ummul mukminin. Even Aisyah become one of the perawi hadis yang masyur. She teach and convey the dakwah. She become one of the sources about hadis. She is successful.

I personally believe, everyone has their own potential. Even sisters. It was not a correct way if we treat a very good women that good in their education and akhlak to be at home only. They should have a chance to lead the community towards a good society. They must contribute something. Not only to obey his husband, to cater of family, but also to help the society. And it is a responsibility for brothers out there, to understand his wife and support them. We want our community know how keluarga sunnah is. And throw them some light on problems that they are having.

Isn't it?




Friday, 5 February 2016

Wanita Islam

Dalam hidup ni,
Walau siapa pun kita,
Setinggi mana pangkat, darjat mahupun keturunan kita,
Kita tak boleh terlepas dengan hakikat hidup berTuhan.

Ke mana sahaja kaki melangkah,
Di mana sahaja kita berada,
Hatta ketika kita bersendirian..
Kita kena jaga nama baik..

Nama baik siapa?
Bukan ibu bapa mahupun keluarga sahaja,
Tetapi ada lagi yang lebih penting
Iaitu
Nama baik ISLAM

Sebab, dalam ISLAM
Dah tertulis dah
Cara bagaimana kita patut 'behave'
Akhlak macam mana kita perlu bawa
Dan 1001 satu panduan menjadi seorang Mukmin yang disayangi Allah

Menjadi seorang wanita Islam pada abad ini benar-benar bukan perkara mudah
Zaman di mana dunia di hujung jari
Maklumat tiada sempadan
Dan pelbagai teknologi yang serba canggih dan moden boleh didapati

Kalau dulu, perkara hak dan batil itu jelas
Baik buruk itu dapat dipastikan
Tapi kini, kita terpaksa merujuk pada sudut pandang ulama berkenaan hukum-hukum yang terpakai pada zaman ini
Sebab yelah, dulu masalah yang dihadapi berlainan dengan masalah yang timbul kini

Contohnya,
Dulu wanita tidak dibenarkan bermusafir bersendirian
Perlu membawa mahram mahupun wanita yang dipercayai
Kini, hukum itu masih terpakai
Cuma kelonggaran dari segi tujuan dan jarak masa
Dan ini, nak tak nak perlu diteliti dari segala segi
Islam kontemporari :)

Dari segi pergaulan pula,
Mungkin wanita pada masa kini lebih ramai yang berkerjaya dan memegang jawatan-jawatan penting dalam institusi
Padahal, jika diikutkan tempat terbaik bagi seorang wanita adalah di rumah menguruskan rumah tangga dan lebih terjaga
Dan ini menyebabkan wanita perlu lebih peka akan perkara yang perlu dilakukan ketika di luar rumah agar lebih terpelihara

Menjadi wanita yang pada hakikatnya cantik di mata berlainan jantina ini bukan satu perkara yang mudah
Lebih-lebih lagi ramai si kumbang di luar sana pandai bermain kata dan bermadah
Dan kerana sifat wanita itu tercipta dengan kelembutan
Maka mudah pula hatinya disentuh dan terkesan dengan kata-kata yang indah

Justeru, ilmulah yang paling penting dalam diri seorang wanita selain agama
Kerana benteng diri kita adalah sifat takut pada Allah dan ilmu yang ada di dada
Agar tidak terpedaya pada si kumbang yang hanya datang singgah tanpa mahu mengikat kita dengan ikatan yang sah

Moga terus kuat dan cekal wahai muslimahku
Engakau lah bunga agama yang terpelihara :)


Monday, 25 January 2016

Contengan perjalanan

9 hari
Tempoh 'bertenang' untuk diri
Tempoh untuk faham maksud Ya Baari'
Tempoh untuk 'penyucian' hati
Mungkin bukan secara total
Tapi secara beransur-ansur

Entah bagaimana
Bumi Sabah ini begitu menjentik sanubari
Bumi yang kaya dengan kecantikan
Keindahan alam yang tak terjangkau dek akal
Serta budi bahasa penduduk tempatan
Benar-benar mengilhamkan harapan
Betapa Allah Ya Barr sangat baik pada hamba-hambaNya :(

Sebagai manusia
Mana pernah terlepas dengan dosa-dosa kecil dan tipu daya dunia
Mana juga terlepas dengan sifat terlupa akan tanggungjawab semesta
Betapa sebenarnya kita ini diciptakan
Ada sebab..

Aku manusia yang sentiasa mencari
Entah kenapa, sering rongga-rongga ini terasa kosong dan kelam
Betapa pencarian dan penantian itu satu penyeksaan
Betapa jauhnya hati ini dengan Tuhan
Sehingga dunia rasa pudar warnanya
Tanpa mampu di tahan

Hari pertama di bumi ini
Bumi jauh di seberang sini
Diuji dengan tidur diulit bayu pagi
Tidur di dalam khemah yang hanya ada bumbung berlantai tanah
Juga tidak berpintu mahupun berdinding
Pagi yang dingin
Alam ini, benar-benar satu keterujaan yang tak terungkapkan

Menikmati pemandangam di taman pertanian sabah
Turun naik gunung
Disambung dengan tanaman pokok-pokok yang baru ingin membesar
Serta tanaman yang sungguh memukau
Ya Badii'
Allah itu benar-benar Maha Cantik

Tatkala berkampung di Kg Pengalat Besar
Ibu angkat yang penyayang
Serta keluarga angkat yang sangat baik
Terasa Ya Rahman dan Ya Rahim Allah
Dalam setiap layanan makhlukNya
Betapa Allah itu benar-benar penyayang dan pengasih!

Melihat pulau-pulau yang memukau
Ikan-ikan yang pelbagai
Serta batu karang yang pelbagai bentuk
Tergambar Ya Wali yang Maha Mentadbir
Betapa Dia Ya Qadir yang Maha Menentukan
Untuk makhlukNya kekal tunduk dan patuh pada ciptaanNya

Menangkap ketam, timung di sungai
Serta melihat pelbagai ciptaanNya di laut dan darat
Membuka mata dan fikiran
Bahawa dunia ini tercipta dengan penuh keindahan
Dan kitalah yang memilih
Mahu melihat dari sisi yang mana
Baik dan buruk itu datang berpasangan
Kita yang mendidik hati, mahu melihat ia dari sudut apa

Laut, langit, alam dan makhluk di bumi Sabah
Benar-benar memberi definisi kepada nama Allah
Betapa setiap namaNya itu
Mempunyai pesona dan fungsi tersendiri
Betapa sebenarnya kita ini jauh dariNya
Dan sebab itu juga,
Rongga itu sentiasa terasa kosong di jiwa

Aida Khalil
1.12 pagi, 260116
Rumah mama
Kg. Pengalat Besar
Sabah




 
Blogger Templates