Walau siapa pun kita,
Setinggi mana pangkat, darjat mahupun keturunan kita,
Kita tak boleh terlepas dengan hakikat hidup berTuhan.
Ke mana sahaja kaki melangkah,
Di mana sahaja kita berada,
Hatta ketika kita bersendirian..
Kita kena jaga nama baik..
Nama baik siapa?
Bukan ibu bapa mahupun keluarga sahaja,
Tetapi ada lagi yang lebih penting
Iaitu
Nama baik ISLAM
Sebab, dalam ISLAM
Dah tertulis dah
Cara bagaimana kita patut 'behave'
Akhlak macam mana kita perlu bawa
Dan 1001 satu panduan menjadi seorang Mukmin yang disayangi Allah
Menjadi seorang wanita Islam pada abad ini benar-benar bukan perkara mudah
Zaman di mana dunia di hujung jari
Maklumat tiada sempadan
Dan pelbagai teknologi yang serba canggih dan moden boleh didapati
Kalau dulu, perkara hak dan batil itu jelas
Baik buruk itu dapat dipastikan
Tapi kini, kita terpaksa merujuk pada sudut pandang ulama berkenaan hukum-hukum yang terpakai pada zaman ini
Sebab yelah, dulu masalah yang dihadapi berlainan dengan masalah yang timbul kini
Contohnya,
Dulu wanita tidak dibenarkan bermusafir bersendirian
Perlu membawa mahram mahupun wanita yang dipercayai
Kini, hukum itu masih terpakai
Cuma kelonggaran dari segi tujuan dan jarak masa
Dan ini, nak tak nak perlu diteliti dari segala segi
Islam kontemporari :)
Dari segi pergaulan pula,
Mungkin wanita pada masa kini lebih ramai yang berkerjaya dan memegang jawatan-jawatan penting dalam institusi
Padahal, jika diikutkan tempat terbaik bagi seorang wanita adalah di rumah menguruskan rumah tangga dan lebih terjaga
Dan ini menyebabkan wanita perlu lebih peka akan perkara yang perlu dilakukan ketika di luar rumah agar lebih terpelihara
Menjadi wanita yang pada hakikatnya cantik di mata berlainan jantina ini bukan satu perkara yang mudah
Lebih-lebih lagi ramai si kumbang di luar sana pandai bermain kata dan bermadah
Dan kerana sifat wanita itu tercipta dengan kelembutan
Maka mudah pula hatinya disentuh dan terkesan dengan kata-kata yang indah
Justeru, ilmulah yang paling penting dalam diri seorang wanita selain agama
Kerana benteng diri kita adalah sifat takut pada Allah dan ilmu yang ada di dada
Agar tidak terpedaya pada si kumbang yang hanya datang singgah tanpa mahu mengikat kita dengan ikatan yang sah
Moga terus kuat dan cekal wahai muslimahku
0 respon artikel:
Post a Comment