Assalamualaikum..
Salam hebat readers :)
Hari ini nak cerita pasal anugerah...
Alhamdulillah..
sedar x sedar sebenarnya,
banyak sangat anugerah dan nikmat yang Allah beri pada kita hambaNya,
cuma kita sahaja sama ada bersyukur atau tidak,
dengan pemberianNya kepada kita..
Anugerah pertama yang perlu saya syukuri ialah,
lahir dalam rahim ibu yang beragama Islam,
bukan sume orang berpeluang nak lahir sebagai Islam,
Islam bukan sebagai nama,
tapi betul2 mempraktikkan apa yang diajar oleh islam,
senang citer hidup mengikut Syariat,
meski masih banyak lagi yang perlu dibaiki,
tapi sekurang-kurangnya sedang menuju kearah itu,
kearah pembangunan Muslim yang diredhai oleh Allah hendaknya :)
Anugerah kedua yang saya perlu syukuri ialah,
dikurniakan oleh Allah dengan fikiran yang positif,
bila direnung dan ditimbal balik itu dan ini,
bukan senang rupanya nak berfikiran positif,
ambil masa,
lebih-lebih lagi fikiran kita dan orang di luar sana berbeza,
sebab penerimaan saya pada satu benda,
bukan lagi disandarkan pada fikiran semata-mata,
tetapi dari pemerhatian,
pengaruh persekitaran,
perbincangan,
pengalaman,dan seribu satu asbab yang membentuk sahsiah dan jati diri saya sekarang,
sebab tue kalau nak kenal seseorang,
bukan kenal secara luaran,
tapi kenal dahulu apa impian dan kemahuan dia,
baru boleh faham pemikiran dia,
luar dan dalam,
tapi still ambil masa jugak nak faham :)
dan anugerah ketiga yang saya patut syukuri,
sebab saya sekarang sedang menuju ke arah golongan satu peratus..
walaupun saya bukan lagi termasuk golongan satu peratus,
tapi sekurang-kurangnya saya ada peluang untuk menjadi golongan itu..
dan kalau nak citer satu2 siapa golongan satu peratus,
siapa golongan 54 peratus,
siapa golongan 36 peratus,
siapa golongan 5 peratus,
siapa golongan 4 peratus..
mungkin ini bukan entry yang sesuai,
next entry mungkin.. :)
tapi kenapa kalau perasan,
antara golongan yang mempunya peratusan yang berbeza diatas,
saya memilih peratus golongan yang paling sedikit??
ada apa dengan sedikit??
erm, kalau kita kaji balik sirah2 nabi,
nabi kn pernah berdoa,
'Ya Allah jadikan aku termasuk golongan yang sedikit',
jadi golongan sedikit nie mesti ada sesuatu yang lain dari yang lain,
kalau x kenapa nabi doa macam tue..
so, marilah kita tambah diri dengan ilmu,
cari jawapan,
barulah namanya menuntut ilmu,
ilmu itu dicari,
bukan ilmu datang mencari.. :)
0 respon artikel:
Post a Comment