Salam hebat readers..
Smalam, lepas habis solat terawih,
ada seorang pak cik nie bagi tazkirah,
berkenaan masa..
"demi masa,
sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
kecuali yang beriman dan mengerjakan kebajikan,
serta saling menasihati utk kebenaran,
dan saling menasihati utk kesabaran.. " (103:1,2,3)
Apabila datang tiga perkara.
maka hendaklah disegerakan urusannya,
1. Bila masuk waktu solat, hendaklah bersegera menunaikan solat
2. Bila ada orang meninggal dunia, hendaklah di segerakan urusan pengebumian jenazah
3. Bila seorang wanita bertemu jodohnya, maka hendaklah disegerakan pernikahannya.. jika ditangguhkan, maka akan berlaku perkara2 yg tidak diingini..
pada waktu akhir zaman, waktu akan menjadi singkat.. setahun ibarat sebulan, sebulan ibarat seminggu, seminggu ibarat sehari, sehari ibarat sejam, dan sejam ibarat percikan api.. Apabila ditanya para ulama, adakah waktu menjadi pantas?? mereka menjawab.. bukan waktu menjadi pantas.. ia masih sama seperti dulu.. bezanya keberkatan masa itu telah ditarik oleh Allah.. kerana manusia tidak lagi menitik beratkan amalan mereka, untuk dibawa ke Akhirat..
dunia ini hanya tempat persinggahan.. sebab yang pasti itu adalah negeri akhirat.. dunia akan hancur.. tapi janji Allah mengenai syurga dan neraka itu benar. Cuba kita renung seketika, adkah setiap hari yang kita lalui, kita menyumbang kepada saham kita di akhirat?? sudah pastikah kita sama ada syurga atau neraka tempat yang kita akan duduki?? sudah bersedia kah kita kalau hari ini ialah hari terakhir kita di dunia dan hari pertama kita di akhirat??
cinta yang sebenar-benarnya ialah cinta kepada Allah.. sebab Allah pemilik segala Cinta.. selepasnya cinta kepada Rasullullah, para sahabat, ibu bapa, mencintai saudaranya melebihi daripada mencintai diri sendiri serta membenci dimasukkan ke dalam neraka setelah diberi hidayah oleh Allah.. dan kecintaan para sahabat kepada nabi, hingga bila Abu Bakar r.a. mengetahui rasulullah akan wafat, jatuh pengsan kerana terlalu mencintai nabi.. kecintaan Rabiatul Adawiah kepada RabbNya hingga mengharamkan dirinya dimasukkan kedalam syurga jika mengharapkan balasan ALlah.. bagaimana pula dengan cinta kita??
cinta memerlukan pengorbanan.. pengorbanan utk bangun malam, jaga akhlak, jaga kelakuan, hormat ibu bapa, berlaku adil, menegakkan agama Allah dan semua perkara2 mahmudah yang lain.. cuba nilai dan tengok diri sendiri.. adakah kita tergolong dalam golongan orang yang sebegitu??
Ramadhan semakin ke penghujungnya.. semoga ramadhan ini menjadi kekuatan untuk kita sama2 menghadapi cabaran dan dugaan hingga ketemu Ramadhan yang akan datang.. sepatutnya suasana hati kita juga sudah berubah.. kita lebih fokus pada hal2 penting dalam hidup kita.. bertambah matang.. kurangkan perkara2 yang tidak berfaedah.. jadi muslim yang sejati.. insyaAllah pd masa akan datang, kitalah bakal2 pemimpin baik utk keluarga, msykt dan negara :)
ayuh kita pasakkan azam dan matlamat,
ramadhan kali ini,
ramadhan yang memberi nafas baru dalam hidup kita,
yang memacu kita ke akhirat Allah,
dengan jayanya :)
Ps: note 2 myself~ May Allah bless :)
0 respon artikel:
Post a Comment