Monday, 1 October 2012

how to achieve solehah??

Assalamualaikum..

salam hebat readers :)
moga hari ini lebih baik dari semalam,
esok lebih baik dr hr ini,
dan akan datang lebih baik dari hari sebelumnya :)

tiba2 rasa nak post benda islamik skit,
khusus utk diri sendiri dan untuk kaum wanita amnya..
how to achieve solehah?? :)

baiklah,
sebenarnya bukan senang nak jadi seorang wanita solehah,
lagi2 hidup pada zaman moden yang penuh mencabar,
saya akui,
kadang2 langkah kaki ini x ketahuan mana arahnya,
rasa diri kerdil,
lebih2 lagi apabila terinspirasi dengan karya ust Fatimah Syarha,
betul,
bukan mudah nak jadi solehah,
tapi,
kalau mahu mesti mampu,
kalau nak dapatkan seorang pendamping yang soleh,
diri sendiri perlulah solehah dulu,
baru sekufu,
ye tak?? :)

ok,
saya mulakan dengan sebuah hadis,
Daripada Waabisoh Ibn Ma'bad r.a. beliau berkata; aku telah menemui Rasulullah SAW lalu baginda bersabda, " Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? "Aku berkata,: Ya. Baginda bersabda "Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah satu perkara yang diri dan hati berasa tenang tenteram terhadapnya dan dosa itu ialah satu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati. Sekalipun ada oramg yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu."   (hadis Hasan riwayat al-Imam Ahmad dan al-Daarimie dgn isnad yang baik)

melalui hadis diatas,
dapatlah difahami bagaimana perkara yang mendatangkan pahala dan dosa,
bila ia berkaitan perkara yang baik,
hati berasa tenang melakukannya,
tapi bila ia terpalit dosa,
hati berasa ragu2 untuk meneruskannya,
jadi kesimpulannya tinggalkan perkara yang Allah larang,
hampiri perkara yang Allah redha :)

tapi..
bagaimana nak tinggalkan perkara yang Allah larang??
padahal perkara itu amat disukai oleh hati??
contohnya bercakap-cakap perkara yang tidak penting dengan ajnabi..
bergurau senda dengan berlainan jantina,
tidak menutup aurat seperti yang disyariatkan,
dan seribu satu perkara yang menjadi kebiasaan..

sabda Rasulullah SAW,
"Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak2 Adam. Zina mata itu adalah pandangan. Zina lidah itu adalah ucapan. Kaki berzina dan zinanya adalah melangkah. Tangan itu berziana dan zinanya adalah merangkul. Dan hati mengharap dan berkeinginan. Dan kemaluan itu mengiakan atau mendustakannya."   ( Hadis riwayat Bukhari (6/2438, no 6238) )

kalau nak kupas dengan lebih mendalam,
mungkin perlu mula dengan hati,
sebab hati punca segala amalan,
bila rosak hati,
rosaklah amalan,
dan sebab menjaga hati amat payah,
perlu diketahui,
ganjaran orang2 yang mampu menjaga hati,
amat besar ganjarannya disisi Allah,
jadi mahu x mahu kena jaga hati dari menghampiri zina..

zina yg mcm mana??
semua jenis zina,
baik dr percakapan, pandangan, perbuatan dan sebagainya..

Islam agama yang syumul (menyeluruh),
jadi Islam meliputi segala aspek kehidupan,
setiap yang ditegah pasti ada alasannya,
dan jika kita abaikan tegahan,
maka,
buruklah padahnya..

prevention is better than cure,
sebab tue,
Islam x kata jangan berzina,
tetapi,
islam mengajar kita,
jangan menghampiri zina,
dan jalan2 yang akan mendekatkan kita dengan zina..

fikir-fikirkanlah,
dan selamat beramal..

Ps: Maaf, br berjinak2 dengan entry seperti ini, mungkin x begitu teratur penulisannya.. tetapa InsyaAllah, akan datang akan diperbaiki..moga bermanfaat :)


0 respon artikel:

Post a Comment

 
Blogger Templates