Monday, 29 October 2012

perginya bererti

Assalamualaikum..

salam hebat readers :)
tiba2 rasa nk bagi nasihat,
jaga diri,
jaga kesihatan,
jaga iman :)

baiklah..
tajuk entry perginya bererti..
erm,
sebenarnya cerita ini saya baru dengar dari kakak kesayangan saya,
kak lela..
berkenaan arwah sahabat saya,
Aizat Ismail..

sungguh,
perancangan Allah itu yang Maha Sempurna dan Maha Teliti,
bayangkan sahabat saya ini,
menangguhkan pengajiannya di UTEM Melaka selama satu sem bersamaan enam bulan,
semata-mata ingin mengejar impian dan cita2nya,
dalam bisnes yang diceburi olehnya,
dan bayangkan bagaimana perancangan Allah itu sangat2 teliti,
sahabat saya ini tinggal dengan keluarganya di Perlis,
dan membuka rangakaian yang sangat2 besar di kampung halamannya..

tepat2 enam bulan selepas dia menagguhkan pelajarannya,
dan tengah bersiap-siap untuk menyambung pengajiannya,
Allah ambil nyawanya,
dalam keadaan,
ibu bapanya redha atas pemergiannya,
dan tidak berasa terkilan kerana sepanjang enam bulan di rumah,
anaknya sentiasa ada bersama keluarga tercinta..

dan Subhanallah,
perancangan Allah itu Maha Hebat,
arwah adalah anak sulung dalam keluarganya,
dan mempunyai beberapa orang adik-beradik yang lain,
tapi sebab arwah anak lelaki sulung,
mestilah beliau menjadi harapan keluarga,
tapi bayangkan,
walaupun jasadnya tiada lagi di dunia,
tapi Allahu Akbar,
arwah dapat mewariskan pendapatannya setiap bulan dalam bisnes,
lebih kurang 7 ke 8 ribu setiap bulan kepada keluarganya..
padahal jika diikutkan,
jika makan gaji di luar sana,
mana ada harapan kita dapat mewariskan gaji kita pada orang tersayang,
mana ada platform..

tapi,
itulah tanda keagungan tuhan,
tiada siapa mengetahui perancangan Allah itu sangat2 sempurna dan tersusun,
hanya orang2 yang dipilih oleh Allah sahaja yang 'nampak',
apa yang orang lain tidak 'nampak',
yang 'rasa', apa yang orang lain tidak 'rasa',
dan tidak memberi alasan untuk tidak merebut peluang yang hebat ini..

dan yang lebih  mengharukan,
ibunya sendiri melafazkan,
"jika dia perlu turun padang, dia sanggup untuk memastikan impian anaknya menjadi jutawan it tercapai, kerana itu ialah impian arwah"..

teman2,
ajal, maut, jodoh dan pertemuan itu pasti,
semuanya di tangan Allah,
sahabat saya pergi dalam usia yang sangat2 muda,
iaitu 20 tahun,
padahal jika diikutkan,
dia accident motor tidak seteruk mana,
jenazahnya x de pun luka yang teruk2,
tapi sebab tengkuknya patah,
menjadi asbab atas pemergiannya,
itu sahaja,
sangat2 mudah pemergiannya,
tapi kita??

adakah pasti dapat mewariskan sama seperti sahabat saya lakukan??
teman2,
hidup kita tidak lama,
tapi sebelum saya menutup mata,
saya betul2 berharap,
semua impian saya tercapai,
terutama menghantar ibu dan ayah saya menunaikan haji dan umrah,
bagi saya jika selepas itu Allah ingin menarik nyawa saya sekalipun,
saya redha,
kerana tanggungjawab saya sudah selesai,
mari kita renungkan diri kita pula,
kerna,
siapa kita sekarang,
yang akan menentukan siapa kita pada masa akn datang..

0 respon artikel:

Post a Comment

 
Blogger Templates