Tuesday, 16 October 2012

perjuangan!!

Assalamualaikum..

salam hebat readers :)
Alhamdulillah,
ku panjatkan syukur pada Allah,
kerana pada hari ini,
kita masih lagi bernafas,
meneruskan kehidupan,
mengejar mardhotillah..

Bak kata Dato Sifu,
"kejayaan itu penting, tetapi bersyukur itu adalah kejayaan sebenar"

Alhamdulillah,
dah lama sangat x menulis,
bukan x nak,
tapi x de benda bermanfaat yang boleh dikongsi,
tapi alhamdulillah hari ini,
berpeluang menghadirkan diri dalam majlis ilmu,
kupasan yang sangat menarik oleh Imam Muda Ashraf,
berkenaan topik 'cabaran bergelar mahasiswa'..

Alhamdulillah,
segala puji-pujian untuk Allah,
tersentuh dengan kupasan topik berkenaan Ashabul Kahfi,
oleh imam muda..
kata beliau,
dahulu islam pada awalnya hanya diterima oleh golongan miskin dan hamba,
kerana islam datang dengan hak persamaan taraf,
"setiap umat islam itu sama disisi Allah,
tetapi yang membezakan antara mereka ialah iman dan takwa"..
dan disebabkan ini,
ramai golongan hamba dan miskin memeluk islam..
manakala orang2 bangsawan, kaya tidak begitu menyukai Islam,
kerana amalan perhambaan telah lama diguna pakai dalam adat mereka..

berlainan dengan Ashabul kahfi,
menyahut seruan nabi untuk mempertahankan akidah mereka,
mereka semua berketurunan bangsawan dan masing2 tidak kenal antara mereka,
tapi bila salah seorang dari mereka bangkit mempertahankan akidah mereka dihadapan raja,
mengatakan Allah Maha Besar dan selayaknya disembah,
maka yang lain turut serta bangun mempertahankan akidah,
dan mereka pun melarikan diri dari raja yang zalim untuk mempertahankan akidah mereka..

bila berseorangan kita lemah,
tapi bila berkumpulan kita kuat,
dan mengukuhkan ikatan hati antara mereka..
dan disitulah bermulanya konsep usrah,
datang dari latar belakang berbeza,
taaruf,
dan seterusnya menjalinkan ikatan,
yang entah kenapa amat sayang dan indah ukhwah yang terbina,
sedang tidak nampak rupa,
nampak barang yang hampir sama dengan pemiliknya pun,
boleh menerbitkan ingatan..
begitulah indahnya ukhwah fillah..

tambah imam muda lagi,
hidup kita ini perlu selalu membuat keputusan dan pilihan,
dari kita bangun smpi kita tidur,
tidak kurang dari 200 pilihan yang perlu kita ambil,
baik warna baju,
mahupun makan,
semuanya memerlukan kita membuat pilihan..

dan seringkali hati kita berasa tidak tenang,
jadi jawapannya mudah,
beristikharahlah,
moga Allah mengilhamkan pilihan yang tepat untuk kita..

imam muda juga berpesan,
"carilah kawan yang boleh mengingatkan kita pd Allah,
jika kita tidak mampu membimbing orang lain ke jalan Allah"
supaya kehidupan kita tidak terjerumus pada perkara yang x sepatutnya...

terima kasih ustaz,
perkongsian yang sangat2 bermanfaat :)
Alhamdulillah moga lain kali berkesempatan menghadiri program begini lg :)



0 respon artikel:

Post a Comment

 
Blogger Templates