Monday, 31 December 2012

selamat tinggal kenangan, selamat datang masa depan :)

assalamualaikum..
salam hebat readers :)
sedang sibuk2 buat persediaan final exam,
sengaja mencuri masa,
menyimpulkan apa yang patut,
buat refleksi dan penambahbaikan pada masa akan datang,
yelah umur dah nak menginjak ke 20an,
perlu lebih matang menilai kehidupan :)

Alhamdulillah berkesempatan bersama modul Dr Azizan Osman,
untuk talk pasal BERANI,
yelah nak menghadapi masa hadapan bukan senang,
perlu berani dalam membuat keputusan,
dan apa yang dapat saya simpulkan disini,
berdasarkan penilaian untuk penambahbaikan,
terdapat beberapa soalan yang perlu dijawab..

Untuk 2012, adakah kewangan saya lebih baik dari tahun 2011 dari segi..

1. Adakah pendapatan anda meningkat?
    Ya- sebab lebih kuat kerja :)

2. Komitmen hutang lebih tinggi?
    Ya- sebab dah x naik public :)

3. Simpanan meningkat?
    Tidak- sebab byk duit kat tangan, rasa nak belanja semua :) n duit minyak tinggi setiap hari.. next time tukar NGV :)

4. Zakat yang dikeluarkan meningkat?
    Ya- Alhamdulillah.. tahun 2013 tingkatkan 200% in shaa Allah pasti :)

5. Masa yang diperuntukkan untuk family lebih banyak?
    Ya- kerana kunci kejayaan pada parents :)

6. Lifestyle hidup lebih baik?
    Ya- Alhamdulillah.. dan paling penting pemikiran dah bertukar 360 darjah :)

7. capai kejayaan berbanding tahun lepas?
    Ya- Alhamdulillah.. tapi ingin jadi lebih baik lg pada tahun ini..:)

8. Adakah hajat anda banyak tercapai tahun ini?
    Ya- Alhamdulillah.. dan saya nk capai yang lebih besar lg pd tahun ini ^_^

9. Adakah anda ada kewangan dan masa yang kukuh untuk melancong setiap hari/bulan/ tahun?
    Tidak- belum ada kewangan yang betul2 kukuh untuk melancong ke luar negara, tp in shaa Allah akan diusahakan..

dan Alhamdulillah results kat atas lebih banyak Ya dr Tidak.. tapi still kena byk lg improvement supaya akhir tahun depan semua jawan Ya.. :)

dan azam saya untuk tahun baru ialah:

1. Saya  berusaha cari jalan sendiri guna Google map, last option baru tanya orang :)
2. Saya  pastikan simpanan persendirian saya pada akhir 2013 mencecah RM 100k, di Bank Islam
3. Saya  bayar down payment rumah RM30k
4. Saya  ambil personal insuran yang berharga RM200k
5. Saya  naik KEC sebelum saya mencecah umur 20 tahun pada 10 ogos 2013
6. Saya hantar parents pegi umrah guna duit sendiri pada bulan March 2013.. Amin.. (semoga Allah mudahkan jalan dan dijemput menjadi tetamu Allah)
7. Saya keluarkan zakat sebanyak RM30k pada tahun 2013

fuh.. mission start.. results akhir 31 december 2013.. Moga perjalanan dimudahkan :)



Wednesday, 19 December 2012

praise 2 Allah

Alhamdulillah..
Allah mudahkan sebuah perjalanan,
selepas melalui sebuah keperitan,
Allah tunjuk jalan penyelesaian,
selepas puas mencari kebenaran,
Allah kukuhkan sebuah persahabatan,
Selepas datang sebuah kemaafan dan keikhlasan,
terlerai sudah sebuah persoalan,
menjadikan aku semakin matang,
menilai erti kehidupan..

Jalan makin mudah,
hanya hayunan langkah,
memastikan kejayaan di genggaman,
ukhwah semakin erat,
persahabatan bukan sandiwara,
tapi sebuah realiti,
menanti bukti,
tercapai segala keinginan hati..

Alhamdulillah,
kepada Allah kita rafakkan pengharapan,
kita sama2 menghayun langkah,
seganding sebahu,
memastikan titik tolak diri ini,
benar2 optimum dan pasti,
bukan sekadar mimpi,
mahupun fantasi,
terhidang 1001 janji,
kejayaan menanti..
"..dan setiap kesusahan pasti ada jalan penyelesaian. Janji Allah itu pasti" 

xoxoA.


Monday, 17 December 2012

tip hidup bahagia

assalamualaikum :)

salam hebat readers..
lama menghilang,
tidak semestinya tidak langsung ada pengisian,
cuma kekangan masa,
membataskan langkah perjalanan,
mencoret tinta di alam maya..

baiklah straight to the point,
tip untuk bahagia..
erm, tip yang paling mudah saya kira,
bagaimana??

sediakan pen dan buku catatan,
catatkan perkara motivasi,
semangat, cita2 dan perkara2 yg memberangsangkan,
jangan sesekali tulis ketika anda dalam kesedihan,
tetapi sebaliknya,
baca apa yang anda coretkan,
ketika anda berasa down dan sebagainya,
it could help u :D

erm, saya nak kongsi sikit,
dulu semasa saya dalam tingkatan 3 kalau x silap,
saya pun ada buat benda yang sama,
tapi x tau mana dah buku tue,
nnt dah balik rumah,
rasa nak cari balik :)

Thursday, 6 December 2012

if i can cry,
i would cry,
coz i really want 2 cry,
i just having emotional crisis,
or maybe personal crisis,
i dont know,
but i really hate this feel,
i want to skip this moment,
can i??

mom..
please,
let me go whenever i wanna go,
i knew,
you're worried,
but i know,
deep inside ur heart,
u try harder to understand me..

sorry,
coz i didnt meant to make u worry,
i really dont know this feel,
i just want to go somewhere,
places that i can find,
peace,
again,
soon,
or maybe now,
can i mom??


mom,
please,
let me go,
i need that 'peace',
things that i cant felt it right now,
but i need it..

please,
let me go,
i need to find myself..

Monday, 3 December 2012

kawan..
apa function dia cakap yang dia suka aku,
padahal x lama lepas tue dia jumpa perempuan lain dan cakap benda yang sama??
habis tue apa yang dia cakap selama nie memang tipulah ye?
kenapa perlu tipu?
aku x faham?
kata sayang..
tapi kalau sayang hanya bersifat sementara je ke?
boleh kau terangkan??

kawan,
aku bukan nak layan sangat benda2 macam nie,
cuma aku sedih sebab macam tue ke harga sebuah sayang?
memang aku x harap pun apa2 dari dia,
jauh sekali untuk bersama,
tapi aku confius..
kenapa semudah itu melupakan,
adakah aku benar2 hanya sebagai mainan??

kawan..
terima kasih sebab mengingatkan,
mungkin Allah nak bagi aku rasa,
bagaimana sebuah sayang,
x mampu pun bertahan,
jika bukan di jalan yang halal..

terima kasih sebab bagi amanat,
dan dengar segala keluhan,
akan aku ingat pesanan engkau,

"Lelaki yang ikhlas ialah lelaki yang sedikit percakapan, tetapi banyak tindakan"



Saturday, 1 December 2012

" I just found a tutor, who responsible to change n direct my life"

" The problem about me is not u, but my heart that can't accept u"

"The life is too short to regret"

"Sometimes, not depending on people too much will be good for u"

"Trust is not developed in a day"

"Wanita adalah berlian titipan semesta"

"Jika anda tidak menyukai org yang memusuhi anda, itu adalah PENGHORMATAN,
 tapi jika anda tidak menyukai orang yang mencintai anda setulus hati, itu adalah PENGKHIANATAN"

"Isi masa anda dengan efektif"

"Belajar kehidupan dari pengalaman"

"Only Allah knows how much I miss ..."

"Setiap kesabaran pasti ada  balasan"

"Hidupkan hari anda dengan menghidupkan hari orang di sekeliling anda"

"Winners never quit"

"Hanya permata yang mengenal manikam"

"Setiap kesusahan pasti ada kesenangan"

"Senyuman anda mampu membuatkan hidup mereka bermakna"

"Isilah hati hanya dengan mengingat Allah"

"Jatuh cinta memang parah, tapi putus cinta benar2 buat diri anda berubah"

"Aku bukan boneka yang main bila mahu, tinggal bila boring"

"Kadangkala lebih baik tidak berjanji apa2, dari memberi harapan tetapi meninggalkan tanpa khabar berita"

"you're not alone"

Sunday, 18 November 2012

Manusia sering jatuh cinta..
pada kecintaan yang sama..
aku juga punya cinta,
dan cinta ku seringkali jatuh,
pada timbunan buku2,
yang membuat aku berfikir tentang kehidupan,
yang memberi aku semangat,
dan menjadi teman paling akrab,
tatkala aku kebosanan..
dan x siapa tahu,
aku mendapat kekuatan,
sebahagian besar dari bahan bacaan,
yang aku kongsi jadi rujukan,
yang aku hafal jd azimat kehidupan..

kerana cinta,
manusia sanggup melakukan apa sahaja,
berkorban jiwa dan raga,
tanpa batas dan sempadannya..
begitu juga aku,
jarang kali berkira-kira,
kerna cinta,
bukan dipaksa,
tapi tanpa rela,
tetap bahagia..

jika aku memberi,
senang sekali aku memberi hadiah buku,
mungkin x semua secinta aku,
tapi ketahuilah,
aku cinta kamu,
sebab itu aku kongsi rasa cinta ku..

tapi,
aku akan lebih senang hati,
jika kau tidak saja gembira menerima pemberianku,
tetapi menghadami,
apa yang aku ingin dari kamu,
melalui buku pemberianku,
sebab aku cuba,
berkongsi rasa cinta,
agar kita,
sama-sama bahagia..

Ps: Nota Hati Seorang Lelaki, Pahrol Mohd Juoi

Saturday, 10 November 2012

kawan

kawan,
aku nak minx maaf,
sebab aku baru sedar,
yang sebab aku,
kau berubah,
kau jadi orang yang aku x kenal,
kau jadi orang lain,
sebab nak lupakan aku mungkin,
aku tak tahu,
tapi maaf,
aku baru sedar,
sebab aku baru tahu,
kenapa kau buat begitu..

kawan,
aku minx maaf,
aku x de bila kau perlu aku,
aku x de nak tengok semua yang berlaku,
aku terlalu sibuk dengan urusan aku,
sampai aku lupa,
kau juga perlukan aku,
dan bila aku sedar,
dah terlambat,
sebab banyak sangat perkara yang berlaku,
tanpa ketiadaan aku,
dan bila kau jatuh,
susah nak bangkit kembali,
sebab aku..

kawan,
maaf sangat2,
aku x boleh nak putar waktu,
aku x boleh nak ubah kenangan,
tapi,
boleh bagi aku peluang,
untuk aku memperbaiki keadaan,
untuk aku isi kekosongan,
yang pernah aku tinggalkan??

kawan,
aku bukan nak merayu,
tapi,
kalau kau selami hati aku,
aku menyeasal sebab aku x de waktu tue,
sampai aku lupa,
kau terluka,
tapi tiada siapa membela,
boleh kita sama2,
melangkah lagi,
agar kita,
jadi insan yang lebih kuat,
di kemudian hari??

kawan..
maafkan aku..
aku betul2 x tahu,
dan aku x nak kenangan buat kau jauh dari aku,
sebab,
aku kan kawan kau,
dan tetap kawan,
sampai ajal memisahkan.. :( ~MNHF,NHJ

Wednesday, 7 November 2012

penghalang??

Assalamualaikum..

salam hebat reader :)
Alhamdulillah.. masih lg diberi ruang dan peluang utk bernafas di bumi Allah ini..
masih lagi menikmati nikmat2 pemberian Allah yg x putus2..
masih lagi mengharap diberikan nur dan hidayah sepanjang menjalankan hidup :)

hari ini,
sebab ada masa terluang,
sekadar perkongsian,
bagaimana dan apakah penghalang kepada matlamat dan impian kita..

mungkin jawapan biasa yang kita dengar,
x lain x bukan,
tentulah diri kita sendiri,
petualang kepada setiap kejayaan..

dan mungkin juga dari 6M,
yang betul2 menjadi penghalang kepada sebuah kejayaan..
iaitu,
MALU
MALAS
MARAH
MENYALAH
MANJA/MERAJUK
MENYOMBONG

perkara biasa yang sering diiucap dan diperkatakan..
tetapi sebenarnya,
jawapan yang agak tepat untuk persoalan ini,
tidak lain tidak bukan,
ialah AJAL..

kerana,
walaupun kita ada peluang dan jaminan meraih kejayaan..
tetapi bila AJAL datang,
tiada siapa dapat menghalang..

sebab tue kita kena merancang dari sekarang,
adakah bila sampai ajal,
baru kita terhegeh-hegeh membuat keputusan?
merancang perjalanan?
fikirkan..

Monday, 29 October 2012

perginya bererti

Assalamualaikum..

salam hebat readers :)
tiba2 rasa nk bagi nasihat,
jaga diri,
jaga kesihatan,
jaga iman :)

baiklah..
tajuk entry perginya bererti..
erm,
sebenarnya cerita ini saya baru dengar dari kakak kesayangan saya,
kak lela..
berkenaan arwah sahabat saya,
Aizat Ismail..

sungguh,
perancangan Allah itu yang Maha Sempurna dan Maha Teliti,
bayangkan sahabat saya ini,
menangguhkan pengajiannya di UTEM Melaka selama satu sem bersamaan enam bulan,
semata-mata ingin mengejar impian dan cita2nya,
dalam bisnes yang diceburi olehnya,
dan bayangkan bagaimana perancangan Allah itu sangat2 teliti,
sahabat saya ini tinggal dengan keluarganya di Perlis,
dan membuka rangakaian yang sangat2 besar di kampung halamannya..

tepat2 enam bulan selepas dia menagguhkan pelajarannya,
dan tengah bersiap-siap untuk menyambung pengajiannya,
Allah ambil nyawanya,
dalam keadaan,
ibu bapanya redha atas pemergiannya,
dan tidak berasa terkilan kerana sepanjang enam bulan di rumah,
anaknya sentiasa ada bersama keluarga tercinta..

dan Subhanallah,
perancangan Allah itu Maha Hebat,
arwah adalah anak sulung dalam keluarganya,
dan mempunyai beberapa orang adik-beradik yang lain,
tapi sebab arwah anak lelaki sulung,
mestilah beliau menjadi harapan keluarga,
tapi bayangkan,
walaupun jasadnya tiada lagi di dunia,
tapi Allahu Akbar,
arwah dapat mewariskan pendapatannya setiap bulan dalam bisnes,
lebih kurang 7 ke 8 ribu setiap bulan kepada keluarganya..
padahal jika diikutkan,
jika makan gaji di luar sana,
mana ada harapan kita dapat mewariskan gaji kita pada orang tersayang,
mana ada platform..

tapi,
itulah tanda keagungan tuhan,
tiada siapa mengetahui perancangan Allah itu sangat2 sempurna dan tersusun,
hanya orang2 yang dipilih oleh Allah sahaja yang 'nampak',
apa yang orang lain tidak 'nampak',
yang 'rasa', apa yang orang lain tidak 'rasa',
dan tidak memberi alasan untuk tidak merebut peluang yang hebat ini..

dan yang lebih  mengharukan,
ibunya sendiri melafazkan,
"jika dia perlu turun padang, dia sanggup untuk memastikan impian anaknya menjadi jutawan it tercapai, kerana itu ialah impian arwah"..

teman2,
ajal, maut, jodoh dan pertemuan itu pasti,
semuanya di tangan Allah,
sahabat saya pergi dalam usia yang sangat2 muda,
iaitu 20 tahun,
padahal jika diikutkan,
dia accident motor tidak seteruk mana,
jenazahnya x de pun luka yang teruk2,
tapi sebab tengkuknya patah,
menjadi asbab atas pemergiannya,
itu sahaja,
sangat2 mudah pemergiannya,
tapi kita??

adakah pasti dapat mewariskan sama seperti sahabat saya lakukan??
teman2,
hidup kita tidak lama,
tapi sebelum saya menutup mata,
saya betul2 berharap,
semua impian saya tercapai,
terutama menghantar ibu dan ayah saya menunaikan haji dan umrah,
bagi saya jika selepas itu Allah ingin menarik nyawa saya sekalipun,
saya redha,
kerana tanggungjawab saya sudah selesai,
mari kita renungkan diri kita pula,
kerna,
siapa kita sekarang,
yang akan menentukan siapa kita pada masa akn datang..

Wednesday, 24 October 2012

dipilih, terpilih bukan memilih

Assalamualaikum..

salam hebat readers :)
Alhamdulillah,
masih lagi diberi nafas,
dipanjangkan umur,
masih lagi diberi peluang,
nak beri manfaat pada hamba Allah yang lainnya..

erm,
tengok tajuk post mcm pelik..
dipilih, terpilih.. tapi bukan memilih..
meaning??

Alhamdulillah,
setakat hari ini telah terpilih mengikuti projek 50k by disember,
yang dijalankan sendiri oleh sifu hebat kami,
Dato Sifu Aziz Samad..
jutaan syukur yang tidak terhingga dirafakkan pada Allah,
kerana terpilih dalam STF 4,
yang saya akui,
untuk sampai ke tahap ini sangat2 sukar,
dan jika bukan dengan rahmat Allah,
bukan dengan perancangan Allah,
sungguh,
saya tidak langsung berpeluang mengikuti program berprestij seperti ini,
mana tidaknya,
kami dilayan ibarat komander yang ingin berperang,
diraikan di tempat yang bukan calang2,
ber'meeting' di tempat yang layaknya mempunyai kejayaan dan pengalaman yang tidak kurang hebatnya,
tapi,
kita merancang, Allah merancang dan sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang,
perancangan Allah itu yang maha halus dan teliti,
Dia yang mengatur cerita yang sangat2 cantik untuk dikenang dan di jadikan pedoman..
dan sungguh,
saya tidak dapat menahan takdir ini,
cuma yang membezakan sama ada saya termasuk golongan bersyukur atau tidak,
dan diterjemahkan melaui tindakan..

InsyaAllah,
memulakan langkah hadapan,
membayar deposit umrah pada bulan tiga tahuh hadapan,
dan InsyaAllah menggunakan duit sendiri sepenuhnya,
kerana cita2 saya,
ingin memimpin tangan ibu dan ayah saya,
dihadapan kaabah,
dan bersama-sama mendoakan kejayaan kami,
dunia dan akhirat,
dan InsyaAllah,
jabal rahmah tempat idaman,
menyelesaikan segala kekusutan,
memudahkan segala urusan,
meminta yang terbaik dari tuhan sekalian alam..

mohon doa kalian.. amin ya Allah :)

Tuesday, 16 October 2012

perjuangan!!

Assalamualaikum..

salam hebat readers :)
Alhamdulillah,
ku panjatkan syukur pada Allah,
kerana pada hari ini,
kita masih lagi bernafas,
meneruskan kehidupan,
mengejar mardhotillah..

Bak kata Dato Sifu,
"kejayaan itu penting, tetapi bersyukur itu adalah kejayaan sebenar"

Alhamdulillah,
dah lama sangat x menulis,
bukan x nak,
tapi x de benda bermanfaat yang boleh dikongsi,
tapi alhamdulillah hari ini,
berpeluang menghadirkan diri dalam majlis ilmu,
kupasan yang sangat menarik oleh Imam Muda Ashraf,
berkenaan topik 'cabaran bergelar mahasiswa'..

Alhamdulillah,
segala puji-pujian untuk Allah,
tersentuh dengan kupasan topik berkenaan Ashabul Kahfi,
oleh imam muda..
kata beliau,
dahulu islam pada awalnya hanya diterima oleh golongan miskin dan hamba,
kerana islam datang dengan hak persamaan taraf,
"setiap umat islam itu sama disisi Allah,
tetapi yang membezakan antara mereka ialah iman dan takwa"..
dan disebabkan ini,
ramai golongan hamba dan miskin memeluk islam..
manakala orang2 bangsawan, kaya tidak begitu menyukai Islam,
kerana amalan perhambaan telah lama diguna pakai dalam adat mereka..

berlainan dengan Ashabul kahfi,
menyahut seruan nabi untuk mempertahankan akidah mereka,
mereka semua berketurunan bangsawan dan masing2 tidak kenal antara mereka,
tapi bila salah seorang dari mereka bangkit mempertahankan akidah mereka dihadapan raja,
mengatakan Allah Maha Besar dan selayaknya disembah,
maka yang lain turut serta bangun mempertahankan akidah,
dan mereka pun melarikan diri dari raja yang zalim untuk mempertahankan akidah mereka..

bila berseorangan kita lemah,
tapi bila berkumpulan kita kuat,
dan mengukuhkan ikatan hati antara mereka..
dan disitulah bermulanya konsep usrah,
datang dari latar belakang berbeza,
taaruf,
dan seterusnya menjalinkan ikatan,
yang entah kenapa amat sayang dan indah ukhwah yang terbina,
sedang tidak nampak rupa,
nampak barang yang hampir sama dengan pemiliknya pun,
boleh menerbitkan ingatan..
begitulah indahnya ukhwah fillah..

tambah imam muda lagi,
hidup kita ini perlu selalu membuat keputusan dan pilihan,
dari kita bangun smpi kita tidur,
tidak kurang dari 200 pilihan yang perlu kita ambil,
baik warna baju,
mahupun makan,
semuanya memerlukan kita membuat pilihan..

dan seringkali hati kita berasa tidak tenang,
jadi jawapannya mudah,
beristikharahlah,
moga Allah mengilhamkan pilihan yang tepat untuk kita..

imam muda juga berpesan,
"carilah kawan yang boleh mengingatkan kita pd Allah,
jika kita tidak mampu membimbing orang lain ke jalan Allah"
supaya kehidupan kita tidak terjerumus pada perkara yang x sepatutnya...

terima kasih ustaz,
perkongsian yang sangat2 bermanfaat :)
Alhamdulillah moga lain kali berkesempatan menghadiri program begini lg :)



Tuesday, 2 October 2012

perginya seorang sahabat

Assalamualaikum...

Hari ini tepat jam 2.40 pg, kami dikejutkan dengan pemergian seorang sahabat, insan yang sangat2 saya kagumi.. perginya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.. berusia baru sahaja 20 tahun.. tapi siapa kita menyangka, umur yang muda bukan penghalang kita dijemput ajal..

seorang anak muda yang saya kenal di sebuah tempat yang melahirkan insan2 hebat.. insan2 yang berfikiran positif dan mempunyai perancangan masa depan yang jitu.. awal perkenalan kami, saya hanya mendengar namanya disebut-sebut sebagai insan yang mampu berjaya walaupun pada asalnya bukan siapa2.. siapa sangka yang dahulunya bekas mat rempit, tapi alhamdulillah, bila berjumpa ruang dan peluang untuk mengubah kehidupan beliau mampu berubah 360 darjah.. antara insan yang sangat2 disegani dari segi kepimpinan.. sungguh, pemergian beliau sangat2 dirasai..

masih saya ingat, kali pertama saya bersemuka dengan insan ini, ketika kami terpilih untuk menghadiri meeting di country golf resort awal bulan 5 tahun ini.. kali pertama juga saya mengetahui pemilik nama yang sering disebut-sebut oleh sahabat baiknya yang saya kenal sejak mula2 saya mengambil keputusan yang berbeza dari keinginan saya.. sungguh, waktu itu, saya sangat2 mengagumi beliau kerana terlihat jelas kesungguhan dan perancangan masa depan yang sangat terancang.. dan ketika itu kami semua mengalirkan air mata, kerana impian yang ingin dicapai bukan sekadar angan2, tapi dengan izinNya, pasti kami mampu mencapainya..

dan selepas itu, seringkali kami bersemuka.. tapi tidak pernah bertegur sapa.. jujur saya katakan, tiada siapa yang sanggup berhadapan dengan insan hebat seperti beliau kalau tiada kejayaan yang dibuktikan.. bukan beliau sombong.. bukan.. tapi kekuatan itu, entah mengapa tidak pernah hadir dalam jiwa..

dan 29 september 2012 menyaksikan, betapa tanpa dipinta, kekuatan itu hadir untuk menyapa dan meminta nasihat bagaimana ingin berjaya seperti beliau.. sungguh, itu kali pertama saya menyapa.. tetapi siapa sangka, ilmu yang dikongsi, diharap pada masa akan datang dapat menimba lagi, tetapi apakan daya.. Allah lebih menyayangi beliau.. kerana tiga hari selepas itu beliau kembali ke rahmatullah.. perasaan saya??

Hanya Allah sebaik-baik tempat mengadu.. dari Allah kita datang, pada Allah kita kembali.. perginya seorang teman, pemimpin, insan hebat yang banyak memberi inspirasi kepada anak2 muda diharap beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. saya akui, impak pemergian beliau pada diri saya tidaklah besar berbanding pada sahabat2 yang beliau tinggal pergi.. hanya doa mengiringi pemergianmu teman.. x terungkap betapa besar sumbangan mu pada kami semua..

"Apabila meniggal seorang anak Adam, maka akan terputus segala amalanya kecuali tiga perkara iaitu doa anak yang soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah jariah.."

semoga ilmu yang ditinggalkan menjadi pembela dan memberatkan timbangan al-mizan di akhirat kelak.. Al- fatihah buat allahyarham Aizat Ismail.. insan hebat yang banyak membantu menjayakan kawan2 nya.. dan meninggal dalam mempertahankan maruah dan harakat keluarga.. moga Allah melimpahi rahmat untuk beliau..

Monday, 1 October 2012

how to achieve solehah??

Assalamualaikum..

salam hebat readers :)
moga hari ini lebih baik dari semalam,
esok lebih baik dr hr ini,
dan akan datang lebih baik dari hari sebelumnya :)

tiba2 rasa nak post benda islamik skit,
khusus utk diri sendiri dan untuk kaum wanita amnya..
how to achieve solehah?? :)

baiklah,
sebenarnya bukan senang nak jadi seorang wanita solehah,
lagi2 hidup pada zaman moden yang penuh mencabar,
saya akui,
kadang2 langkah kaki ini x ketahuan mana arahnya,
rasa diri kerdil,
lebih2 lagi apabila terinspirasi dengan karya ust Fatimah Syarha,
betul,
bukan mudah nak jadi solehah,
tapi,
kalau mahu mesti mampu,
kalau nak dapatkan seorang pendamping yang soleh,
diri sendiri perlulah solehah dulu,
baru sekufu,
ye tak?? :)

ok,
saya mulakan dengan sebuah hadis,
Daripada Waabisoh Ibn Ma'bad r.a. beliau berkata; aku telah menemui Rasulullah SAW lalu baginda bersabda, " Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? "Aku berkata,: Ya. Baginda bersabda "Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah satu perkara yang diri dan hati berasa tenang tenteram terhadapnya dan dosa itu ialah satu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati. Sekalipun ada oramg yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu."   (hadis Hasan riwayat al-Imam Ahmad dan al-Daarimie dgn isnad yang baik)

melalui hadis diatas,
dapatlah difahami bagaimana perkara yang mendatangkan pahala dan dosa,
bila ia berkaitan perkara yang baik,
hati berasa tenang melakukannya,
tapi bila ia terpalit dosa,
hati berasa ragu2 untuk meneruskannya,
jadi kesimpulannya tinggalkan perkara yang Allah larang,
hampiri perkara yang Allah redha :)

tapi..
bagaimana nak tinggalkan perkara yang Allah larang??
padahal perkara itu amat disukai oleh hati??
contohnya bercakap-cakap perkara yang tidak penting dengan ajnabi..
bergurau senda dengan berlainan jantina,
tidak menutup aurat seperti yang disyariatkan,
dan seribu satu perkara yang menjadi kebiasaan..

sabda Rasulullah SAW,
"Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak2 Adam. Zina mata itu adalah pandangan. Zina lidah itu adalah ucapan. Kaki berzina dan zinanya adalah melangkah. Tangan itu berziana dan zinanya adalah merangkul. Dan hati mengharap dan berkeinginan. Dan kemaluan itu mengiakan atau mendustakannya."   ( Hadis riwayat Bukhari (6/2438, no 6238) )

kalau nak kupas dengan lebih mendalam,
mungkin perlu mula dengan hati,
sebab hati punca segala amalan,
bila rosak hati,
rosaklah amalan,
dan sebab menjaga hati amat payah,
perlu diketahui,
ganjaran orang2 yang mampu menjaga hati,
amat besar ganjarannya disisi Allah,
jadi mahu x mahu kena jaga hati dari menghampiri zina..

zina yg mcm mana??
semua jenis zina,
baik dr percakapan, pandangan, perbuatan dan sebagainya..

Islam agama yang syumul (menyeluruh),
jadi Islam meliputi segala aspek kehidupan,
setiap yang ditegah pasti ada alasannya,
dan jika kita abaikan tegahan,
maka,
buruklah padahnya..

prevention is better than cure,
sebab tue,
Islam x kata jangan berzina,
tetapi,
islam mengajar kita,
jangan menghampiri zina,
dan jalan2 yang akan mendekatkan kita dengan zina..

fikir-fikirkanlah,
dan selamat beramal..

Ps: Maaf, br berjinak2 dengan entry seperti ini, mungkin x begitu teratur penulisannya.. tetapa InsyaAllah, akan datang akan diperbaiki..moga bermanfaat :)


Wednesday, 19 September 2012

Assalamualaikum :)

Salam hebat readers :)


Dah lama rasanya saya x menulis apa2 pada blog ini,
sebabnya saya betul2 busy,
yelah baru jd student balik,
students life yg awesome ^_^

erm,
oklah stakat nie Alhamdulillah,
saya dapat belajar dekat fakulti undang2 ukm,
lecturer sume baik2,
student meliputi pelajar asasi, stpm, saluran kedua dll,
tp satu perdua ialah peljar asasi :)
kolej pun dekat,
walaupun x boleh nak jalan pergi fac,
tapi still dkt berbanding kolej2 lain,
n stakat nie Alhamdulillah,
x pernah sesat lg dlm ukm,
sebab sy menggunakan map yg diberikan sepenuhnya ^_^

n so far,
Alhamdulillah,
dapat roomate yg baik + sweet +cantik + not available,
ha2..
just kidding,
hostel ok,
toilet ok,
sume ok,
klu x dpt pointer baik jgk lps nie,
x tau nk ckp apa..
Hu2..

dan2,
stakat lebih kurang 3 minggu dkt sini,
br balik sekali shj,
tue pun blk x smpi 24 jam kt rumah,
can u imagine??
ha2..
tp x pe,
klu blk mcm tue,
br kepulangan dihargai,
chewah :)

Alhamdulillah,
minggu lps br shj lps event,
pelancaran ke Kembara Al-Haram utk bln 3 thn hadapan,
dan InsyaAllah klu ada rezeki,
sampailah hajat saya kesana,
bersama hajat rakan2 saya yg lain,
besar hajat kami kesana :)

Ps: Kelas br sahaja bermula.. inilah masa utk kita mengaut segala ilmu dan menguasai ilmu yg dipelajari :)

Thursday, 30 August 2012

seringkali kita terpaku pada depan pintu yang tertutup..
padahal kita lupa,
apabila tertutup satu pintu,
Allah akan membuka pintu2 yang lain untuk kita..
tapi,
dek terpaku terlalu lama,
x sedar pintu2 itu terbuka untuk kita..
jadi,
jangan mengeluh atau bersedih hati,
kerana Allah x pernah menzalimi HambaNya,
dia MAHA MENGETAHUI,
apa yang TERBAIK untuk HAMBANYA,
dan jangan pernah berhenti berdoa,
memohon dan mengharap,
jika terpaksa membuat pilihan,
pilihan dibuat berdasarkan REDHANYA.. :')

i'm deeply hurt,
but i know,
Allah give me this test,
2 see whether i'm grateful,
for all the nikmat,
that i get..

how far the journey,
at last,
it will reflect,
something that near 2 me,
that is MYSELF!!

Thursday, 23 August 2012

hampir tiba

Assalamualaikum..

Salam hebat readers..
kadang2 dalam hidup ini,
kita selalu lupa,
apa yang ada di depan mata,
lagi bernilai dari apa yang diimpikan..

kita selalu mengharap,
dapat benda yang kita nak,
tapi,
kita selalu lupa,
yang dah ada ditangan,
itu berkali ganda lebih bernilai,
dari yang diidam..
manusia mudah lupa..
manusia kurang bersyukur..

dan,
bukan nak tuding jari pada sesiapa,
sebab satu jari kat orang,
tiga jari kat diri ssendiri..

dan,
aku pun x pernah terlepas dari hal itu :(
smalam,
dapat berita,
kwn aku nk flight,
4 september..
dlam hati "Ya Allah.. awalnya!!"
x sangka,
betul2 aku terasa,
orang yang bukan betul2 rakan hati,
tapi besar impaknya pada diri ini..

kita semua hanya pinjaman..
dan Allah hanya beri,
bila kita betul2 memerlukan..

i know it is hard for me,
and i know,
sometimes i can't stop crying..
but,
Allah knows me better,
believe in HIM,
i know u're strong enough,
dear myself..

Wednesday, 22 August 2012

raya!!

Assalamualaikum :)

Salam hebat readers..

hari nie dah masuk raya keempat..
hari nie juga baru balik dari kampung,
itu pun sbb esk pagi2 nk pergi jalan jauh..
nampaknya minggu nie memang habis berjalan sahaja..
x pelah..
nama pun  raya :)
erat silaturrahim..
erat ukhwah..
bertambah dan bercambah kasih sayang..
sesama umat islam..
Alhamdulillah..
salah satu nikmat Allah pd HambaNya :)

diam x diam,
dah nak masuk belajar dah pun,
lagi seminggu sahaja lagi,
tapi,
jujurnya..
'feel' tue belum ada lagi =='

tapi,
itu bukan niat utama entry ini,
sebab memandangkan kita semua baru sahaja menyambut hari raya,
belum pun start puasa 6,
banyak lagi benda yang belum terlaksana,
jadi sedikit sebanyak,
nak juga bercerita tentang raya saya pada kali ini..

Alhamdulillah..
raya kali ini disambut bermula dengan keluarga sebelah 'sini',
baru beraya di 'sana' pulak..
dan Alhamdulillah...
rezeki tahun nie lebih skit,
semuanya sebab janji Allah itu pasti,
"..dan apabila kamu bersyukur, maka Aku tambahkan lagi.. "
dan Alhamdulillah..
target tahun nie pun tercapai jugak..
insyaAllah tahun depan moga akan jadi lebih baik lagi :)

kadang2 dalam hidup ini,
x perlu mendongak terlalu tinggi,
cukuplah kita bersederhana,
 x perlu bermegah-megah,
cukuplah merendah diri..
tapi,
jangan takut berimpian,
tapi impian mestilah disusuli matlamat..
sebab impian tanpa matlamat,
ialah angan2..

dan angan2 pun terbahagi kepada 2,
angan2 mat jenin dan angan2 kosong,
angan2 mat jenin nampak jalannya,
angan2 kosong hanya dalam kepala,
buat penyedap hati yang lara..

moga tahun ini pemula pada masa depan yang gemilang,
insyaAllah lepas nie memang dah banyak planning yg menunggu,
semuanya memerlukan komitmen untuk dilaksanakan,
kehidupan bukan setakat ini,
perlu pandang kehadapan,
10 tahun akan datang,
siapa aku?
dan apa aku akan jadi,
pada umur aku 29 tahun nnt,
moga2 semua impian aku telah terlaksana,
Amin Ya Allah,
redhailah usaha Hamba Mu ini :)

selamat hari raya semua..
moga syawal ini menjadi antara syawal yang bermakna,
buat kita dan keluarga :)










Thursday, 16 August 2012

demi masa

Assalamualaikum :)

Salam hebat readers..

Smalam, lepas habis solat terawih,
ada seorang pak cik nie bagi tazkirah,
berkenaan masa..
"demi masa,
sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
kecuali yang beriman dan mengerjakan kebajikan,
serta saling menasihati utk kebenaran,
dan saling menasihati utk kesabaran.. " (103:1,2,3)

Apabila datang tiga perkara.
maka hendaklah disegerakan urusannya,
1. Bila masuk waktu solat, hendaklah bersegera menunaikan solat
2. Bila ada orang meninggal dunia, hendaklah di segerakan urusan pengebumian jenazah
3. Bila seorang wanita bertemu jodohnya, maka hendaklah disegerakan pernikahannya.. jika ditangguhkan, maka akan berlaku perkara2 yg tidak diingini..

pada waktu akhir zaman, waktu akan menjadi singkat.. setahun ibarat sebulan, sebulan ibarat seminggu, seminggu ibarat sehari, sehari ibarat sejam, dan sejam ibarat percikan api.. Apabila ditanya para ulama, adakah waktu menjadi pantas?? mereka menjawab.. bukan waktu menjadi pantas.. ia masih sama seperti dulu.. bezanya keberkatan masa itu telah ditarik oleh Allah.. kerana manusia tidak lagi menitik beratkan amalan mereka, untuk dibawa ke Akhirat..

dunia ini hanya tempat persinggahan.. sebab yang pasti itu adalah negeri akhirat.. dunia akan hancur.. tapi janji Allah mengenai syurga dan neraka itu benar. Cuba kita renung seketika, adkah setiap hari yang kita lalui, kita menyumbang kepada saham kita di akhirat?? sudah pastikah kita sama ada syurga atau neraka tempat yang kita akan duduki?? sudah bersedia kah kita kalau hari ini ialah hari terakhir kita di dunia dan hari pertama kita di akhirat??

cinta yang sebenar-benarnya ialah cinta kepada Allah.. sebab Allah pemilik segala Cinta.. selepasnya cinta kepada Rasullullah, para sahabat, ibu bapa, mencintai saudaranya melebihi daripada mencintai diri sendiri serta membenci dimasukkan ke dalam neraka setelah diberi hidayah oleh Allah.. dan kecintaan para sahabat kepada nabi, hingga bila Abu Bakar r.a. mengetahui rasulullah akan wafat, jatuh pengsan kerana terlalu mencintai nabi.. kecintaan Rabiatul Adawiah kepada RabbNya hingga mengharamkan dirinya dimasukkan kedalam syurga jika mengharapkan balasan ALlah.. bagaimana pula dengan cinta kita??

cinta memerlukan pengorbanan.. pengorbanan utk bangun malam, jaga akhlak, jaga kelakuan, hormat ibu bapa, berlaku adil, menegakkan agama Allah dan semua perkara2 mahmudah yang lain.. cuba nilai dan tengok diri sendiri.. adakah kita tergolong dalam golongan orang yang sebegitu??

Ramadhan semakin ke penghujungnya.. semoga ramadhan ini menjadi kekuatan untuk kita sama2 menghadapi cabaran dan dugaan hingga ketemu Ramadhan yang akan datang.. sepatutnya suasana hati kita juga sudah berubah.. kita lebih fokus pada hal2 penting dalam hidup kita.. bertambah matang.. kurangkan perkara2 yang tidak berfaedah.. jadi muslim yang sejati.. insyaAllah pd masa akan datang, kitalah bakal2 pemimpin baik utk keluarga, msykt dan negara :)

ayuh kita pasakkan azam dan matlamat,
ramadhan kali ini,
ramadhan yang memberi nafas baru dalam hidup kita,
yang memacu kita ke akhirat Allah,
dengan jayanya :)

Ps: note 2 myself~ May Allah bless :)








Monday, 13 August 2012

keputusan dan pilihan

Assalamualaikum :)

salam hebat readers :)
dalam hidup ini,
kita akan disajikan dengan bermacam-macam pilihan,
dan setiap pilihan memerlukan keputusan,
dan keputusan yang kita ambil,
akan menentukan siapa kita  pd masa akan datang..

kadang2,
bila kita nak ambil sesuatu keputusan,
kita akan menghadapi berbagai2 masalah,
baik kecil mahupun besar,
tapi,
kita perlu ingat,
kita tidak boleh fokus pd masalah,
sebab hidup perlu diteruskan,
dan masalah hanya penghalang kepada matlamat kita..

sesetengah orang akan takut menghadapi kegagalan,
walaupun kegagalan yang dialami tidak seteruk mana,
tapi mereka menghalang diri mereka dari mencuba lagi,
itu membuatkan mereka menjadi golongan yang rugi,
kerana,
bila tertutup satu pintu,
Allah akan buka pintu2 lain,
untuk kita menjadi lebih baik..
sebab itu keluar ayat,
gagal itu biasa,
tapi bangkit dari kegagalan itu LUARBIASA..

kepada teman2 seperjuangan,
hidup ini memang payah,
sebab,
tiada benda yang mudah,
tapi kepayahan yang dilalui,
mendewasa dan mematangkan kita,
sebab itu kita perlu berusaha,
menjadi yang TERBAIK,
dikalangan YANG TERBAIK,
sebab pilihan itu ditangan kita..

sipa kita dulu x penting,
yang penting siapa kita sekarang,
yang akan menentukan siapa kita pada masa AKAN DATANG..




Sunday, 12 August 2012

perempuan ibarat rama2,
dipandang cantik,
dipegang rapuh..

perempuan ibarat rama2,
terbang tinggi,
cantik,
bila dikejar ia terbang,
kalau terus mengejar kita lelah,
tapi,
sampai satu masa,
bila rama2 berhenti berehat,
siapa tahu,
dia hinggap di tangan kita,
tanpa kita sedar..

so lets surrounding, guide u :)
khazanah kerahsiaan



birthday :)

Assalamualaikum :)

Salam hebat readers..





dah 3 hari berlalu,
sejak birhday sy yg ke-19,
alhamdulillah,
dah 19 tahun rupanya Allah beri peluang,
untuk saya memberi manfaaf pd org lain,
jadi hambaNya yg bertakwa,
insyaAllah..

dan,
rasanya semalam last wishes utk birthday,
dan salah satu memorable time in my life,
sebab  dpt ucapan dr org2 yg saya syg,
famili kedua sy slps my own family :)

dan insyaAllah,
semoga apa yg dikata,
apa yg didoa,
makbul hendaknya,
sebab saya pun berdoa benda yg sama,
moga pentas MMB akan datang,
menjadi milik kita semua,
dan kalau ada jodoh,
insyaAllah,
dipanjangkan lagi pertemuan kita semua,
dengan sesuatu yg lebih bermakna :)

we fight n never surender..

kalau kita mencari pasti jumpa.. :)

Ps: mood raya x dtg, tp mood belajar berkobar :)



Thursday, 9 August 2012

berpasangan??

Assalamualaikum..

Salam hebat readers :)
erm, hari nie tiba2 rasa nak tulis psl berpasangan..
idea dr sepasang baju kurung :)

ok,
kita sume sedia maklum,
klu nak buat baju kurung tue,
pada peringkat awalnya agak sukar,
yelah,
dengan nak potong kain lg,
nak ukur panjang pendek lg,
potong tang sana, potong tang sini,
kain kena lurus,
kalau x nnt kain jd senget,
dan seribu satu mcm kerenah dgn kain..

hu2,
tapi yg bestnya,
bila dah siap potong kain,
waktu nak mencantumkan sume kain,
sampai jd baju kurung yg boleh dipakai,
waktu nie best sbb,
mula2 bila kain jd perca2 kain,
mmg x nampak lawa pun,
tp bila dah siap,
wah2..
cantik juga ye baju nie..

so,
konklusinya yg tiba2 terfikir,
baju tue mcm manusia gak,
kalau tiada lengan,
lubang leher,
pesak,
ukur bahu bagai,
memang x sempurnalah baju tue..

lebih kurang mcm penciptaan manusia gak,
bukan sekadar fizikal semata-mata,
dalam badan tue ada jantung, limpa, usus bagai,
yg paling penting hati,
sbb hati yang kawal keseluruhan anggota badan..

dan mcm baju kurung jgk,
mesti ada pasangannya,
iaitu kain,
klu baju aje,
peliklah plk,
so,
kena ada kain skali..
baru lengkap,
dan kat situ menunjukkan,
memang dlm hidup ini perlukan pasangan,
baru lengkap -melengkapi,
alam kn mencari keseimbangan :)

Ps: kita lahir pun sbb wujudnya pasangan ibu dan ayah kita.. br blh tgk dunia.. klu x mmg x berpeluang tgk dunia.. tq ibu n papa.. u enlighten my life <3






Wednesday, 8 August 2012

Fantastic bombastic lavavi lavava :)

Assalamualaikum...



salam hebat readers :)
wah2.. apakah??
fantastic bombastic lavavi lavava??
erm,
perkataan baru mungkin..
kita mestilah kreatif,
baru lain dari yang lain,
kata nak jadi golongan satu peratus,
so,
mestilah berbeza dari orang biasa2,
then jadilah orang LUARBIASA :)

ok2,
sebenarnya fantastic bombastic lavavi lavava tue,
nak menunjukkan sesuatu yang sgt awesome,
hebat, mantap dan sebagainya,
yang penting mestilah yang TERBAIK,
baru boleh guna..

tadi,
bila bkk fb,
terjumpa satu quote,
"kita selalu gunakan perkataan GILER apabila nk ckp sesuatu yg SUPERB,
padahal Allah dh ajar mcm mana nak memberi pujian dgn bahasaNYA,
gunalah perkataan MASYAALLAH, SUBHANALLAH untuk menggantikan perkataan GILER,
kan lebih manis" :)

ok,
sekali baca mmg betul2 kena batang hidung,
slalu sgt guna perkataan giler,
so,
lepas nie pakat2 tukar jadi subhanallah, masyaAllah,
x pun klu nak panjang skit,
guna fantastic bombastic lavavi lavava :)

rightio,
thanks for reading :)

Tuesday, 7 August 2012

jadi baik

Assalamualaikum...
Salam hebat reader :)



dah lama rasanya x menulis,
tapi tiba2 rasa nak menulis,
sebab betul2 rasa nak jadi BAIK..
bukan baik pada pandangan manusia,
tapi BAIK pada pandangan Allah,
hidup bersyariat,
jaga ibadah dan solat,
jaga ikhtilat,
jaga dari segala segi,
baik dari penampilan mahupun percakapan..

sebenarnya,
sejak baca balik buku novel Versus, Hlovate,
betul2 rasa nak berubah ke arah yang lebih baik,
bukan rasa sekarang x cukup baik,
cuma masih BANYAK benda yang perlu dititik beratkan,
banyak ilmu yang perlu ditimba,
sebelum melangkah lebih jauh lagi dalam hidup ini..

just thought it should start somewhere,
and it should start now,
and really hope,
someone out there,
will guide me sincerely,
going through this personality crisis,
typical teenagers would have this problem,
including ME..

rightio..
let's start a new life,
a new beginning,
new Me,
pray for me,
pray for our success,
ramadhan kareem :)

Ps:.together we succeed <credit to hidayah, u enlighten my way> :)




Wednesday, 1 August 2012

Anugerah

Assalamualaikum..
Salam hebat readers :)

Hari ini nak cerita pasal anugerah...
Alhamdulillah..
sedar x sedar sebenarnya,
banyak sangat anugerah dan nikmat yang Allah beri pada kita hambaNya,
cuma kita sahaja sama ada bersyukur atau tidak,
dengan pemberianNya kepada kita..

Anugerah pertama yang perlu saya syukuri ialah,
lahir dalam rahim ibu yang beragama Islam,
bukan sume orang berpeluang nak lahir sebagai Islam,
Islam bukan sebagai nama,
tapi betul2 mempraktikkan apa yang diajar oleh islam,
senang citer hidup mengikut Syariat,
meski masih banyak lagi yang perlu dibaiki,
tapi sekurang-kurangnya sedang menuju kearah itu,
kearah pembangunan Muslim yang diredhai oleh Allah hendaknya :)

Anugerah kedua yang saya perlu syukuri ialah,
dikurniakan oleh Allah dengan fikiran yang positif,
bila direnung dan ditimbal balik itu dan ini,
bukan senang rupanya nak berfikiran positif,
ambil masa,
lebih-lebih lagi fikiran kita dan orang di luar sana berbeza,
sebab penerimaan saya pada satu benda,
bukan lagi disandarkan pada fikiran semata-mata,
tetapi dari pemerhatian,
pengaruh persekitaran, 
perbincangan,
pengalaman,dan seribu satu asbab yang membentuk sahsiah dan jati diri saya sekarang,
sebab tue kalau nak kenal seseorang,
bukan kenal secara luaran,
tapi kenal dahulu apa impian dan kemahuan dia,
baru boleh faham pemikiran dia,
luar dan dalam,
tapi still ambil masa jugak nak faham :)

dan anugerah ketiga yang saya patut syukuri,
sebab saya sekarang sedang menuju ke arah golongan satu peratus..
walaupun saya bukan lagi termasuk golongan satu peratus,
tapi sekurang-kurangnya saya ada peluang untuk menjadi golongan itu..
dan kalau nak citer satu2 siapa golongan satu peratus,
siapa golongan 54 peratus,
siapa golongan 36 peratus,
siapa golongan 5 peratus,
siapa golongan 4 peratus..
mungkin ini bukan entry yang sesuai,
next entry mungkin.. :)

tapi kenapa kalau perasan,
antara golongan yang mempunya peratusan yang berbeza diatas,
saya memilih peratus golongan yang paling sedikit??
ada apa dengan sedikit??
erm, kalau kita kaji balik sirah2 nabi,
nabi kn pernah berdoa,
'Ya Allah jadikan aku termasuk golongan yang sedikit',
jadi golongan sedikit nie mesti ada sesuatu yang lain dari yang lain,
kalau x kenapa nabi doa macam tue..
so, marilah kita tambah diri dengan ilmu,
cari jawapan, 
barulah namanya menuntut ilmu,
ilmu itu dicari,
bukan ilmu datang mencari.. :)




Tuesday, 31 July 2012

hati

Assalamualaikum..
salam hebat readers :)

hari nie dah masuk hari yang ke 12 ramadhan..
smalam baru sahaja habis berbuka puasa dengan semua member of the group,
hu2..
tapi bukan itu perkara utama,
betullah Allah mengajar kita,
Allah tegur kita dari pelbagai cara,
dan kadang2 terfikir,
baiknya Allah kerana menegur selembut itu,
kerana hati memang x boleh menerima teguran yang kasar,
dan kerana kelembutan itu,
aku muhasabah diri balik,
banyak benda yang kena buat,
untuk jadi BAIK..

credit to Kak Lela,
sebab banyak bagi guideline kepada kami2 yang mentah nie,
nak lalui hidup macam mana,
andai suatu hari diberi peluang,
aku ingin sekali menjadi figure wanita eperti kak lela,
ikon wanita solehah,
pemimpin berkarisma,
isteri yang taat,
ibu yang mithali,
dan..
semua sifat yang aku kagum pada diri beliau..
x pernah jemu menasihati adik2..
untuk jadi somebody,
untuk jadi manusia..

smalam kak lela sentuh soal hati,
kenapa ada orang rezeki murah sangat,
buat kerja sikit,
tapi rezeki yang dpat berganda-ganda..
kenapa ada orang,
kerja bagai nak rak,
tapi hasilnya belum nampak..
kenapa n kenapa??
apa amalannya..

dan bila kak lela fikir, bincang n renung,
rupanya beza kita dengan orang lain ialah HATI..
teringat dulu belajar..
'di dalam diri manusia itu ada seketul daging,
jika baik daging itu baiklah keseluruhannya,
jika rosak daging itu rosaklah keseluruhannya'
dan daging itu ialah HATI,
beza kita di hadapan Allah bukan pd pangkat, harta, rupa dan sebagainya,
tapi pada keikhlasan kita menjalankan perintahNya..

Allah..
sungguh aku banyak belajar,
dalam setiap detik waktu yang kau susun untuk aku,
terasa betapa sayangnya engkau terhadap diriku,
walau aku seringkali melakukan dosa,
dan setiap kali itu juga menharapkan keampunan darimu,
dan melakukan dosa pada waktu berikutnya,
engkau tidak pernah menghampakan..
kerana dalam surat cintamu,
tertulis ' Aku mengampunkan dosa hambaku setiap kali mereka melakukan dosa dan memgetahui balasan yang akan diterima terhadap dosa mereka'

Allah..
bimbing aku jadi HAMBA :')




Thursday, 26 July 2012

boring

ha2.. kelakar,
rasa macam 'lost' sekejap,
cari apa yang x kena dengan diri,
alih2 jumpa diri dlm buku,
hu2,
betullah,
buku bukan setakat ilmu,
tapi ada 1001 rasa,
yang x terungkap..
<rindu sambung belajar mungkin?>
ke rindu dgn student's life,
hidup dgn 1001 satu masalah yg kena handle,
tp itu sebenarnya kemanisan..
rindu usrah, rindu jd 'baik'.. 




perasaan itu~

Assalamualaikum..
Salam hebat readers :)

Hari nie, bila bangun pagi,
teringat something,
teringat dengan kawan saya sebenarnya,
baru-baru nie bile jumpa dia,
beliau baru balik bercuti,
dari mesir atau lebih tepatnya uni Ain Shams..

Masa jumpa kawan2 yg dah flight,
mahupun yang akan flight,
rasa perasaan bercampur-baur,
mana x nya..
best kot dapat merantau ke negara orang,
eropah, timur tengah..
hu2..
rasa macam nak ikut fly boleh?? :)

tapi,
x pe InsyaAllah klu ada rezeki,
tahun depan bila dapat tunaikan umrah dengan parents,
tercapailah impian saya nak flight,
sebab nanti nak buat umrah ziarah,
moga2 Allah mudahkan semua,
sebab waktu tue dah sambung blajar,
x tau dapat skip ke tidak class 2 minggu,
hu2.. Ya Allah mudahkan semuanya..

tapi, 
bukan itu yang saya nak bercerita,
yang saya nak bercerita tentang kawan saya,
saya sebenarnya kurang alert dengan backgrounds family beliau,
tapi bila tahu yang kakaknya pergi ke mesir atas ticket 'private',
sebab x dapat mana2 scholar,
dan dia  terpaksa berkongsi duit scholar dengan kakaknya,
ditambah dengan mak tidak bekerja,
ayah hanya kerja biasa-biasa,
waktu tue saya betul2 terpukul,
Ya Allah macam nie sebenarnya kehidupan kawan aku..

Saya tahu rezeki ada kat mana2,
saya tahu yang dipandang bukanlah berapa banyak harta,
tapi keberkatan dalam setiap harta,
tapi,
saya dapat bayangkan,
macam mana seorang ibu,
ingin melihat anaknya berjaya di tempat orang,
sedang duit ditangan x begitu cukup menampung kehidupan di tempat sendiri,
macm mana lebih rela dapur tidak berasap,
makan ala kadar,
budget sana budget sini,
i know how exactly the life is,
even pelajar local,
yuran x setinggi pelajar oversea,
duit flight kadang2 x diperlukan,
dan klu diperlukan sekalipun x mencecah ribuan ringgit..
stilll sebagai seorang anak,
i feel i want 2 to be rich,
so that i can settle down all my debts,
and helps my parents go through the hardship,
sacrifice for them,
as soon as possible,
i know my friend might think the same,
i know it,
from deep inside their heart,
she wants more than what she face right know..

sometimes,
i felt I'm too selfish,
i just found something that cause a lot of people changed,
i found something that what makes ordinary people,
become extraordinary people,
i found something that makes people helps their family and friend,
and at last they succeed together,
they become somebody or someone,
that i and other people,
never expected before,
and i saw the changes,
every time i come,
i know that the time,
i'm differ from other people out there..

before this,
i think i just wanna share this with my close friend,
my close family,
my close neighbor,
but,
after my last meeting with my friends,
i realized,
a lot of people out there,
need my help.
or at least the chance as well as i get,
so,
i should help them,
and that makes me feel,
that my responsible,
to at least share to them,
what i'm doing right know,
so that,
i'm no longer,
selfish..




rindu~

Assalamualaikum..

Salam hebat readers :)
Hari nie berpeluang menjejakkan kaki ke sekolah lama,
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol a.k.a. Intej :)
sebenarnya dah biasa sgt pergi sekolah,
mana x nya,
adik sekolah situ,
memang slalu sangat pergi,
tapi bila kawan ajak teman ambil sijil,
ikut ajelah..
alang-alang jumpa cikgu skali,
update cerita sekolah :)

dan2 bila dah jumpa cikgu,
sume cikgu mesti tanya,
sambung blajar mana,
course apa,
n macam2 lagi..
tapi,
yang x tahannya,
bila ckp sambung law,
mesti cikgu pelik..
'aida ambik law??'
' aida kamu kena banyak cakap sikit, nanti macam mana nak jd lawyer'
'kena byk ckp nnt nk masuk court'

hu2..
tengok, sume orang cakap aku senyap,
bila tanya kawan2 betul ke senyap,
erm, bolehlah..
cakap bila perlu,
eh?? macam tue ke??
asal x perasan pun,
yang perasannya aku nie banyak cakap,
ha2..

so,the conclusion is,
one day i will prove to all of u,
me, aida, is somebody differ from whom u know before,
i'm totally different,
i'm changed to a better one,
i'm no longer quiet person,
but i have my say,
i have my desire,
and i'm heading to my goal in this life,
and that makes me differ from old aida :)

A



Tuesday, 17 July 2012

no one knows

Hidup ini ibarat kanvas,
kita yang mencorakkannya,
sama ada kita mahukan pelangi,
mendung,
hujan..
kita tentukan,
tapi hakikatnya Allah yang menggariskan,
apa yang sepatutnya kita dapatkan,
dan apa yang kita x bisa dapatkan..

kadang2 tatkala aku sibuk melakar kehidupan,
tiba2 aku terhenti sejenak,
melihat apa yang disebelah kanan dan kiriku lakukan,
ku lihat mereka ashik dengan lakaran,
tenang,
kadang2 cemas..
sungguh tiada kata untuk mengekspresikan lakaran mereka..

hidup,
ku sedar perjalanan hidup ini masih panjang,
itupun jika diberi izin oleh Tuhan,
tapi,
aku x pernah tahu,
tatkala lakaran itu berhenti,
adakah dalam keadaan baik,
ataupun buruk..

dan,
tika mana aku ingin melihat keseluruhan lakaran,
aku takut,
banyak benda aku terlepas pandang,
banyak jiwa aku siakan..

aku,
tiada yang sempurna di dunia ini,
aku tahu,
tapi,
seringkali aku lupa,
hidupku perlu bersandarkan Yang Maha Esa,
bukan pada figure manusia,
harta,
pangkat,
dan sebagainya..

hati,
seringkalai berjanji,
hari ini lebih baik dari semalam,
tapi,
brapa kali janji di kota,
masih boleh dibilang jari..

dan Ramadhan yang mendatang,
moga aku menjadi lebih baik dari semalam,
lebih terdidik dari kelmarin,
lebih baik dari sebelumnya..
aku masih mencari..
siapa aku??




Monday, 16 July 2012

UKM part 2 :)

assalamualaikum :)

salam hebat semua..
baik nak sambung entry psl ukm.. :)

lepas habis asasi..
dapt interview ukm,
utk law..
masa pegi interview..
pergi sorang2 bwk kate..
sbb lps tue nk berkejar ke tmpat lain,
x kn nk susahkn ayah kn..

dpt no interview no 74,
kebetulan no rmh 742,
he2.. mmg takdir kot..
lps hbs interview,
cabutlah no interview tue,
tampal dkt dashboard kate,
niat dlm hati,
x kn bkk no nie smpi dpt tawaran UKM!!



then.. pergi solat dkt masjid ukm,
lps hbs solat,
sujud balik doa sungguh2,
moga ukm tempat aku sambung belajar utk degree..
b4 kuar masjid,
niat dlm hati,
moga ini bkn kali terakhir aku jejak kn kaki ke sini..

lepas tue,
setiap kali lalu bangi,
bila lalu dpn ukm,
cakap dkt kwn sebelah,
tolong doa ukm jd tempat belajar kita ;)

hu2.. ukm2..
namamu ku seru setiap waktu :)
sampailah waktu esk nk kuar upu,
rasa cuak sgt,
lps hbs solat berjemaah,
salam ibu,
cakap dgn ibu,
"kalau eda x dpt sambung ukm, eda x nk sambung belajar :("
hu2.. mcm tue skali..

Alhamdulillah.. 
kita merancang,
Allah merancanag,
tapi Allah sebaik-baik perancang :)
bila kwn bg tahu dpt ukm,
course law,
first choice sy,
rasa sgt2 happy,
smpi rm20 melayang begitu sahaja :P
ha2..x pelah.. 
ukm punya pasal,
no hal lah :)

begitulah ceritanya..
dan saya pun call lah kwn2 sy,
bg tahu berita gembira ini..
berangan-angan nk bwk kate kat sana..
tp bila tanya ayah,
mmg x boleh utk student first year,
motor shj yg dibenarkn,
so,
kenalah belajar motor balik,
sbb dah sgt kekok membawanya..
jd minah rempit pun ok apa?? :P
ha2..

Ps: thanks for reading ;)



ukm part 1 :)

Assalamualaikum..
salam hebat readers :)

hari nie nak share berita gembira..
Alhamdulillah.. akhirnya penantian yang sekian lama,
terjawab juga akhirnya,
kerana dengan izin Allah,
saya berjaya menyambung pengajian saya,
di UKM dalm jurusan undang2..
tak terhingga syukurnya ke hadrat Ilahi,
kerana impian saya sekian lama telah termakbul

Hu2.. klu nak diimbas kembali..
sejak saya sekolah menengah lg saya berimpian msk UKM :)
sejarahnya bermula begini...

Ketika sy masih di Form 2,
ayah sy telah menyambung pelajaran dlm bidang pendidikan di UKM..
pengajian selama tiga tahun,
berakhir dan grad dgn kelas dua atas,
ketika saya form 5,
ketika birthday sy yang ke-17,
dan menghadapi trial syariah pd ketika itu..
hu2.. dan semua family sy pergi melihat hr graduasi ayah..
kecuali SAYA!!

sangat tragik di situ..
dan bertambah tragik..
sume ahli keluarga sy pernah menjejakkn kaki ke UKM,
dan kolej kediaman ayah sy,
Kolej pendeta Za'ba,
kecuali SAYA!!

dan.. untuk memujuk hati sy,
maka ayah yang tercinta belikan lah sweater berwarna biru,
ada lambang ukm..
dan itulah sweater yg sy pki..
bila bwk motor.. :)
tp sejak dah bwk kate nie,
x tau mna letak dah.. hu2..

dan sy pun pernah berangan-angan..
nak msk UKM dengan ayah,
ayah ambik Master,
sy ambik degree..
 n manalah tahu..
ayah terbuka hati nk sambung blajar blk..
msk UKM sama2..
mesti BEST!! :)



hu2.. UKM di hatiku ;)


Tuesday, 3 July 2012

tika hati berbisik

Assalamualaikum..
Salam hebat readers :)
hu2.. tajuk entry sangat jiwang..
tika hati berbisik.. :P



erm, ok sebenarnya ini bukan perkara yang boleh di buat main..
dah lama sedar benda nie, 
tapi hari nie baru terasa nk bg respond..
ha2..
aida2.. kan dah ckp jgn sesekali main dengan api..
kelak terbakar siapa yang nak tanggung??

oklah.. simple 2 say,
sejak dr dulu masa zaman sekolah lagi,
saya memang dah sedar n tahu,
cinta itu fitrah bagi seorang manusia,
saya sangat2 berhati-hati,
terutama bila melibatkn urusan antara lelaki dengan perempuan,
jarang ambil remeh.. 
<maklumlah sekolah agama :)>

senang cakap,
x kisahlah orang lain couple ke,
berpacaran ke,
ada pakwe makwe ke,
saya x kisah..
yang penting saya tahu,
kalau hari nie saya jaga diri saya elok2,
x terlibat dengan mana2 cinta monyet,
satu hari nnt bila tiba masanya,
Allah akan temukan saya dengan cinta yang betul2 ikhlas,
pendek kata mcm saya jugaklah,
menjaga cinta hanya untuk yang halal bgnya :)

dan tipulah kalau saya ckp sy x de admire org,
hu2.. nama pun remaja,
mesti ada rasa kagum dengan someone,
n kalau diikutkan,
selalu kalau masuk sekolah masa awal tahun,
mesti akn pilih senior sebagai idola,
baik lelaki mahupun perempuan,
yang penting,
kalau ada benda hebat yang boleh saya tiru,
contoh akhlak dia ke,
atau apa2 saje,
mesti saya akan jadikan dia idola untuk tahun itu..
he2.. tipikal remaja :)

dan kalau diimbas dulu2 punya cerita,
saya selalu dambakan jadi seorang wanita solehah,
terdidik akhlak dan perilaku,
jaga solat, pandangan dan perkataan,
jadi baiklah senang citer :)

tapi2...
sejak usia dah menjangkau ke umur dewasa nie,
macam2 pulak benda yang bermain di fikiran,
rasa macam nak cepat2 akhiri zaman bujang,
ha2..ewah aida,
ingat dah cukup bersedia ke??
duit dah cukup??
dah sedia ke nk kongsi hidup dengan orang lain,
ini cakap soal hidup tau,
paling2 kena hidup dengan orang lain dalam 50 thn lg..
sanggup??
ini bukan cerita x suka sikit terus x pyh kawan,
ini cerita klu suka ke x suka kena stay smpi hujung nyawa lah hendaknya..
x kn nk kawen cerai jea..
hu2.. cuba fikir masak2 skit.. <kata hati>

hu2.. ok2.. admitlah yang saya masih belum berfikiran matang,
yelah2.. untuk siapa yang kat luar sana,
kot2 lah yang masih tunggu jawapan dari saya..
ha2.. ewah aida.. bajet hot??
ha2.. x delah..
erm, sorrylah coz klu nk tunggu sy,
alamat x taulah bila jawabnya..
memanglah rasa kejam skit,
selalu lari dari kenyataan,
asal ajak bincang mesti ngelat..
ha2.. <tp x ke itu tanda x matang?>
konklusi, erm.. 
sy tahu diam itu bukan satu jawapan..
even dlm law pun,
"silence is not consider as acceptance",

tapi2,
saya yakin satu perkara,
Allah akan titipkan rasa cinta pada hati seseorang,
bila tiba masa nya,
n kalau jodoh x ke mana,
saya pun masih lagi tertunggu-tunggu jawapan itu,
biar saya x buat org lain tertanya-tanya,
n ternanti-nanti,
saya bukan nya perfect sampai nak siksa hati org kn..
Nauzubillah.. moga Allah jauhkan diri saya menjadi fitnah bagi lelaki..

erm, tapi saya rasa saya tahu apa sebab hati saya mcm 'keras' skit nak terima lelaki,
sebab dulu2 bila rasa ingin bercinta,
saya selalu doa,
"Ya Allah jgn kau bukakan hatiku untuk mana2 lelaki selagi aku belum meraih cintaMu,
  Jangan ko biarkan aku jatuh cinta dengan makhlukMu,
  selagi aku belum memperoleh biasan cintaMu.."

dan, jawapannya senang jea sebenarnya,
tunggu sampai saya dapat cinta Ilahi,
baru saya boleh dapat cinta manusia a.k.a. ajnabi..

hu2.. mcm mana nak dapat??
erm, dekatkn diri dengan Allah,
buat apa yang DIA suruh,
tinggal apa yang DIA larang.. :)

Ps: Sebarkan bahagia.. :)
 





Thursday, 28 June 2012

" Allah memberi apa yang kita perlukan..."


Allah memberi apa yang kita perlukan..
bukan apa yang kita mahukan.. :)

Allah membantu kita,
melalui medium manusia,
begitu juga tika mana Allah ingin membetulkan pegangan manusia,
melalui para Nabi dan Rasul utusannya..
kerana sifat manusia,
lebih dekat dan akrab,
dengan yang sejenis dengannya :)

Alhamdulillah..
kadang2 dan seringkali terlupa mengucapkan hamdalah,
padahal Allah tidak pernah lupa akan hambaNya..

Aku mengejar bahagia,
aku mengejar cinta,
aku mengejar kepuasan hidup,
aku hamba,
tapi seringkali aku lupa,
aku bukan tuan pada diri ku sendiri..
aku manusia lemah,
aku wanita,
yang sangat mudah tersentuh oleh kelembutan,
sangat mudah terleka dengan kemanisan..

aku bukan aku,
aku perlu bangkit dari kejatuhan,
aku perlu tahu yang setiap yang berlaku ada jawapan,
aku perlu cari diriku semula,
diriku yang aku tinggal pergi,
mengejar yang x pasti,
tapi mencari yang hakiki..

tapi aku selalu tahu,
Allah sentiasa ada dekat,
sentiasa ada,
sentiasa ada,
sentiasa ada..

sampai aku malu meminta,,
Allah, masihkah aku ini layak bergelar Hamba-Mu,
selalu alpa dan leka dengan dunia,
dengan angan kosong,
dengan cita2 yang entah aku pasti atau tidak,
aku mampu kecapi..

Allah..
ajari aku dengan CINTA,
izinkan aku merasa Cinta-Mu,
izinkan aku bersujud di rumah-Mu,
bersama dengan orang2 yang aku cinta,
masuk dalam syurga-Mu,
bersatu di bawah keredhaan-Mu..

Allah <3 :')




 
Blogger Templates